Tiada Militan Mendarat Di Pantai Timur Sabah - KPN

Diterbitkan: Jumaat, 23 September 2016 4:41 PM

Khalid Abu Bakar.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid menafikan khabar angin bahawa militan dari selatan Filipina mendarat di pantai timur Sabah. 

"Ia hanya khabar angin. Beratus, beribu orang dari selatan Filipina datang ke Sabah menerusi pintu masuk yang sah.

"Adalah normal bagi mereka bergerak antara selatan Filipina dan pantai timur Sabah.

"Kita pantau mereka yang datang menerusi pintu masuk dan akan mengambil tindakan segera sebaik kita mengesan sebarang elemen keganasan," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Dilaporkan, mesej-mesej palsu di media sosial mendakwa penceroboh berada di negeri itu, sekali gus memberi amaran kepada orang ramai.

Mesej-mesej WhatsApp mengenai beberapa topik, termasuk lanun-lanun dikesan di sepanjang pantai timur Sabah dan dua anggota Abu Sayyaf ditahan di Kinabatangan.

Bagaimanapun, ia segera dinafikan oleh Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

Komander Esscom, DCP Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid menggesa orang ramai supaya bertenang dan mendapatkan pengesahan dengan Pusat Operasi Esscom di talian 089-863181.

Tags / Kata Kunci: Esscom , Khalid Abu Bakar

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan