Shafie Sedia Pimpin Pakatan Pembangkang Sabah

Diterbitkan: Jumaat, 23 September 2016 12:46 PM

Shafie Apdal.

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Landskap pembangkang di Sabah bakal menyaksikan perubahan apabila bekas Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sedia menerajui pakatan pembangkang baharu bagi negeri ini.

Shafie, yang juga Ahli Parlimen Semporna, telah memenangi hati dua wakil rakyat Kadazandusun dari PKR untuk membantu usaha beliau.

Mereka adalah Ahli Parlimen Penampang Darell Leiking, yang baru-baru ini meletak jawatan sebagai naib presiden PKR dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Moyong Terence Siambun, yang dijangka menyusul tidak lama lagi.

Selain pasangan itu, Shafie turut mendapat sokongan daripada Adun Sulayabayan Datuk Jaujan Sambakong yang keluar Umno pada 27 Jun lalu.

Menurut sumber, Shafie akan mengambil alih parti Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah (Perpaduan) yang berdaftar pada 2013 dan akan diubah suai berdasarkan inisiatif terbaharunya.

Kumpulan beliau dijangka akan bekerjasama dengan Gabungan Perikatan Sabah (USA), yang terdiri daripada Parti Reformasi Negeri (Star) yang diketuai oleh Datuk Dr Jeffrey Kitingan, Parti Cinta Sabah yang diketuai oleh Datuk Wilfred Bumburing dan Parti Maju Sabah (SAPP) yang diketuai oleh bekas ketua menteri Datuk Yong Teck Lee.

Shafie, bekas menteri Kabinet dan Leiking masih belum menunjukkan bagaimana pihak mereka akan bekerjasama dengan pembangkang tempatan dan nasional.

Leiking, yang berkata beliau telah menyerahkan surat peletakan jawatan daripada PKR, hanya berkata: "Kami akan bekerjasama dengan semua kekuatan. Kita tidak berada di sini untuk melawan pembangkang."

Menurut sumber, Terence Siambun telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Ironinya, walaupun langkah mereka ini boleh memperkukuhkan pembangkang di negeri ini, ia juga akan menyaksikan perpecahan pembangkang yang mencatatkan rekod baik di Sabah pada tahun 2013 dengan memenangi 11 daripada 60 kerusi negeri (tujuh PKR dan empat DAP)  dan tiga daripada 25 kerusi Parlimen di Sabah.

PKR setakat ini telah hilang tiga kerusi iaitu di Kadamaian, Tamparuli dan Matunggong daripada tujuh kerusi yang dimenangi oleh ahli yang berpaling tadah.

DAP kehilangan Adun Luyang, Hiew King Cheu yang tewas kepada MCA manakala Adun tunggal Kadazandusun Dr Edwin Bosie (Kapayan) juga dikatakan mempertimbangkan langkah keluar parti.

Pengerusi PKR Sabah Datuk Lajim Ukin, ketika dihubungi enggan mengulas.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan