Pembunuh Canny Ong Digantung

Diterbitkan: Jumaat, 23 September 2016 6:57 PM

Gambar fail Ahmad Najib Aris (kiri) dan Canny Ong (kanan).

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas pencuci kabin kapal terbang, Ahmad Najib Aris dihukum gantung sampai mati pada Jumaat berikutan sabitan bersalah oleh Mahkamah Tinggi kerana merogol dan membunuh penganalisis teknologi maklumat, Canny Ong pada 2003.

Seorang jurucakap dari Jabatan Penjara mengesahkan bahawa hukuman ke atas Ahmad Najib telah dilaksanakan pada kira-kira pukul 6 pagi dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan di Kajang, dekat sini.

Pada 23 Februari 2005, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap Ahmad Najib kerana merogol dan membunuh Ong, 29, di KM11 Jalan Klang Lama antara pukul 1 pagi dan 5 pagi pada 14 Jun 2003.

Ia susulan keputusan sebulan suara oleh Mahkamah Persekutuan pada Mac 2009 untuk mengekalkan hukuman mati di atas kesalahan yang dilakukannya terhadap Ong, yang mana mayat rentung mangsa dijumpai di dalam lubang pembentungan.  


Tags / Kata Kunci: Canny Ong , Ahmad Najib Aris

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan