RUU Mahkamah Syariah: Tengku Adnan 'Kunci Mulut' - Berita Semasa | mStar

RUU Mahkamah Syariah: Tengku Adnan 'Kunci Mulut'

Diterbitkan: Jumaat, 23 September 2016 7:47 PM

Tengku Adnan Tengku Mansor.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengambil pendekatan untuk 'mengunci mulut' mengenai pendirian parti itu terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 oleh PAS yang akan dibahaskan dalam Persidangan Dewan Rakyat pada Oktober ini.

Bagaimanapun, beliau berkata perkara itu sudah dibincangkan di peringkat kepimpinan tertinggi BN.

"Adalah (kita dah bincang). Wallahi Billahi Tallahi, itu rahsia," jawabnya ringkas ketika ditemui pemberita selepas Mesyuarat Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Menara Dato Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini Jumaat.

Usul Persendirian untuk RUU bagi meminda Akta 355 itu dibentangkan Abdul Hadi di Dewan Rakyat pada 26 Mei lalu.

Bagaimanapun, RUU itu mendapat bantahan daripada pelbagai pihak termasuk parti-parti komponen Barisan Nasional seperti MIC dan MCA meskipun ianya hanya tertakluk kepada Mahkamah Syariah sekaligus tidak melibatkan orang bukan Islam.

Pindaan terhadap Akta 355 itu adalah untuk menambah baik fungsi mahkamah syariah dan melibatkan had jumlah hukumah yang boleh dijatuhkan di Mahkamah Syariah Negeri yang telah lama tidak dinaiktarafkan.

Dalam perkembangan berasingan, Tengku Adnan menegaskan Umno BN tidak tergugat dengan parti bekas Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

"Tak bimbang, biasalah tu. Ini nasib Umno dari 1955 sehingga sekarang. Kita lalui badai dan akan dapat atasinya, tak bimbang.

"Parti Pribumi kita tak bimbang, parti Shafie pun tak bimbang, lagi banyak parti lagi bagus, lagi senang kita," katanya.

Mohd Shafie dilaporkan mengesahkan beliau telah mengambil alih sebuah parti politik di Sabah yang ditubuhkan sejak 2013.

Parti tersebut kini dalam proses pembaharuan dan permohonan untuk pertukaran nama dan logo serta telah dihantar kepada Pejabat Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) pada Khamis.

Mohd Shafie bagaimanapun enggan mendedahkan nama baharu serta nama parti yang telah diambil alih itu bagi menghormati beberapa pihak dan pengumuman hanya akan dibuat selepas mendapat kelulusan daripada RoS.

Tags / Kata Kunci: RUU Mahkamah Syariah , Akta 355
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan