Bukan Masa Sesuai Naik Cukai Lapangan Terbang - MATTA

Diterbitkan: Jumaat, 23 September 2016 6:33 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGETOWN: Kenaikan caj perkhidmatan penumpang atau cukai lapangan terbang ketika ini hanya akan menjejaskan kemasukan pelancong serta perjalanan domestik.

Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) berkata kerajaan perlu mengkaji semula atau menangguhkan kadar baharu yang diumumkan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia kerana negara ini masih memerlukan lebih ramai pelancong, sekali gus menyumbang kepada pendapatan negara.

"Kita berada di peringkat yang masih memerlukan lebih ramai pelancong untuk datang ke negara ini. Saya percaya ini bukan masa yang sesuai untuk menaikkan cukai itu kerana ekonomi tempatan masih tidak menentu, walaupun ia boleh menjadi lebih baik.

"Adakah kita perlu menaikkannya? Saya rasa inilah persoalannya. Jika kita sebenarnya tidak memerlukannya, kenapa perlu menyentuh hal ini," kata Presiden MATTA Datuk Hamzah Rahmat kepada pemberita selepas merasmikan Pesta MATTA Pulau Pinang di sini pada Jumaat.

Pada Khamis, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kadar baharu bagi caj perkhidmatan penumpang yang lebih dikenali sebagai cukai lapangan terbang akan dikuatkuasakan mulai 1 Jan tahun depan di semua lapangan terbang di negara ini.

Hamzah berkata ketika ini negara-negara jiran begitu agresif menarik lebih ramai pelancong ke negara masing-masing, dan beliau khuatir cukai baharu itu akan menjejaskan kedatangan pelawat ke Malaysia.

"Indonesia dan Thailand sudah jauh ke depan, kenapa kita perlu menjejaskan usaha kita ketika ini," katanya.

Sementara itu, Hamzah berharap Pesta MATTA Pulau Pinang mampu mencapai sasaran jualan antara RM15 juta dan RM30 juta, sama seperti Pesta MATTA di negeri lain.

 "Kami sebenarnya tidak mempunyai sasaran jualan kali ini. Sejak permulaan kami sering menyasarkan sasaran terendah terlebih dahulu kerana tidak mahu terlalu bercita-cita tinggi," katanya.

Pesta yang menampilkan 118 gerai daripada 41 agensi yang mengambil bahagian akan bermula dari Jumaat sehingga Ahad ini.

Ia kembali diadakan semula di negeri ini selepas tiga tahun dan menawarkan pelbagai pakej pelancongan domestik dan antarabangsa termasuk umrah. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: MATTA , Cukai

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan