Umno, BN Sabah Mampu Berdepan Parti Baharu - Ahmad Zahid

Diterbitkan: Jumaat, 23 September 2016 9:30 AM

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama wartawan Malaysia selepas menyampaikan ucapan dalam Mesyuarat Peringkat Tinggi mengenai situasi di Syria pada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB). -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin Umno dan Barisan Nasional (BN) Sabah di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman akan tetap mantap dan mampu menangkis sebarang serangan di sebalik usaha menggerakkan satu parti pembangkang di negeri itu.

Bekas Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dilaporkan berhasrat mengambil alih sebuah parti politik di Sabah untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Ahmad Zahid, Naib Presiden Umno yang menjalankan tugas Timbalan Presiden parti, menyifatkan tindakan itu satu kejanggalan sebagaimana yang berlaku apabila seorang bekas presiden Umno dan pengerusi BN bersama bekas timbalan presiden Umno dan timbalan pengerusi BN mewujudkan parti baharu baru-baru ini.

"Tetapi saya harus nyatakan bahawa atas rasa hormat dan sikap profesional, kita tidak menidakkan hak rakyat Malaysia untuk berpolitik demi menterjemahkan semangat demokrasi yang diamalkan kerajaan," katanya kepada wartawan Malaysia di sini, Khamis.

Mohd Shafie, bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, mengunjungi pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) di Putrajaya pada Khamis untuk memohon proses pertukaran nama parti berkenaan dan logonya.

"Kita akan berlaku adil dan ROS akan melakukan tindakan secara profesional sebagaimana kita mendaftarkan PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia)," kata Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri.

Beliau berada di New York untuk mengetuai delegasi Malaysia pada Sesi ke-71 Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Ahmad Zahid menegaskan apa yang penting ialah jentera Umno dan BN keseluruhannya diperkasakan bagi menentukan kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

Mohd Shafie bertindak keluar Umno pada 4 Julai lepas setelah digantung keanggotaannya pada 24 Jun 2016.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan