Bukit Aman Bantu Bawa Pulang, Deradikalisasi Bashir

Diterbitkan: Jumaat, 23 September 2016 5:02 PM

Khalid Abu Bakar.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Bukit Aman sedia membantu dalam proses deradikalisasi terhadap tahanan di kem tahanan Guantanamo Bay, Mohamad Bashir Lap yang didakwa terlibat dengan pengeboman Hotel J.W Marriott di Jakarta pada 2003.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar turut menyatakan sokongan mengenai usaha membawa pulang Mohamad Bashir, yang merupakan salah seorang daripada dua rakyat Malaysia yang diadakan di kem tahanan Amerika Syarikat di Cuba.

"Dia adalah rakyat kita, dia warga negara ini. Kita mesti jaga dia dan cuba untuk memulihkan dia.

"Itu tanggungjawab kita," kata Khalid.

Bernama melaporkan bahawa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai berkata, Mohamad Bashir mungkin dihantar pulang ke Malaysia tetapi perlu terus menjalani proses deradikalisasi di penjara.

Menurut laporan itu, Ahmad Zahid dimaklumkan mengenai perkara berkenaan dalam pertemuannya dengan pihak Amerika Syarikat bahawa Mohamad Bashir mungkin boleh dihantar pulang ke Malaysia.

Mohamad Bashir dan seorang lagi rakyat Malaysia, Mohd Farik Amin, ditahan sejak 2006 kerana pembabitan mereka dengan Jemaah Islamiyah (JI) pada awal 2000.

Mereka juga dikatakan terbabit dengan pengeboman Hotel J.W Marriott di Jakarta pada 2003 dan telah ditahan di Bangkok pada tahun sama.

Bernama turut melaporkan Ahmad Zahid sebagai berkata, satu Jawatankuasa Peringkat Tinggi mengenai perkara itu akan segera ditubuhkan dengan beliau sendiri selaku pengerusi.

Khalid berkata, beliau akan bekerjasama penuh dengan rancangan Ahmad Zahid.

Tags / Kata Kunci: Mohamad Bashir Lap

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan