AirAsia Mahu Rayu Batal Cadangan Naik Cukai Lapangan Terbang

Diterbitkan: Jumaat, 23 September 2016 1:45 PM

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Chief Executive Officer Aireen Omar.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: AirAsia Bhd akan mengemukakan rayuan kepada kerajaan untuk membatalkan cadangan menaikkan Caj Perkhidmatan Penumpang (PSC) atau cukai lapangan terbang.

AirAsia dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata ia menerima banyak pertanyaan mengenai artikel yang disiarkan oleh sebuah portal berita tempatan mengenai cukai lapangan terbang yang akan dinaikkan, tetapi syarikat penerbangan tambang rendah itu belum menerima sebarang pemberitahuan rasmi daripada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom).

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Chief Executive Officer Aireen Omar berkata cukai tinggi itu akan membebankan rakyat, menjadikan penerbangan udara lebih mahal dan menyebabkan penurunan permintaan terhadap perkhidmatan yang ditawarkan semua syarikat penerbangan yang beroperasi di Malaysia serta menjejaskan sektor pelancongan, pekerjaan dan juga ekonomi negara.

"Kami berharap kebimbangan pelanggan kami ini tidak berasas, tetapi sekiranya ia benar-benar berlaku, kami sebagai mewakili pelanggan dan rakyat, merayu kepada Kerajaan Malaysia untuk membatalkan kenaikan cukai tersebut," katanya.

Aireen juga menegaskan Malaysia akan hilang kelebihan daya saingnya sebagai hab kos rendah serantau.

Bagaimanapun, beliau melahirkan keyakinan kerajaan Malaysia dan Mavcom akan mendahulukan kepentingan jangka panjang negara, rakyat dan tanggungjawab mereka, sejajar dengan hasrat kerajaan menjadikan Malaysia negara yang lebih kukuh dan makmur.

"Kami gembira kerajaan Malaysia menyedari akan perbezaan antara syarikat penerbangan tambang rendah dan syarikat penerbangan perkhidmatan penuh yang akan menjadi faktor dalam menimbang cukai yang akan dikenakan," katanya sambil menambah perbezaan antara kemudahan di klia2 dan KLIA adalah sebab-sebab yang jelas mengapa cukai tidak boleh menjadi sama.
Tags / Kata Kunci: PSC , AirAsia Bhd , Aireen Omar

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan