Parti Baharu: Shafie Ke RoS

Diterbitkan: Khamis, 22 September 2016 9:54 AM

Shafie Apdal sebaik tiba di pejabat RoS, Putrajaya bagi menguruskan permohonan pendaftaran parti baharu pimpinannya.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal tiba di pejabat Pendaftar Pertubuhan (RoS) di sini pagi Khamis, difahamkan bagi menyerahkan dokumen permohonan pendaftaran parti baharu.

Ahli Parlimen Semporna itu memasuki pejabat RoS bersama empat lagi individu pada pukul 9.35 pagi.

Beliau yang mengumumkan keluar Umno pada Julai lalu susulan keputusan Majlis Tertinggi parti itu yang menggantung keahliannya.

Susulan itu, Shafie turut memaklumkan beliau bakal menubuhkan parti baharu yang berpangkalan di Sabah.

Selain hukuman terhadap Shafie, MT Umno telah memecat Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Sebelum itu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga telah  mengumumkan untuk keluar Umno.

Bagaimanapun, Dr Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz kini bersama dalam perjuangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diluluskan RoS baru-baru ini.


Tags / Kata Kunci: Shafie Apdal , RoS

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan