Shafie Bakal Presiden Parti Di Sabah

Diterbitkan: Khamis, 22 September 2016 12:12 PM

Shafie dikerumuni wakil media selepas ke pejabat RoS bagi menguruskan hal pertukaran nama dan logo parti sedia ada di Sabah yang bakal diterajuinya.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal tidak akan menubuhkan parti politik baharu di Sabah seperti yang diperkatakan, sebaliknya memutuskan mengambil alih sebuah parti tempatan sedia ada.

Shafie yang hadir ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan (RoS) pagi Khamis berkata kehadirannya di pejabat itu bertujuan memuktamadkan beberapa perkara berhubung perubahan yang dilakukan ke atas parti berkenaan.

"Bukan pendaftaran parti, tetapi parti ini sudah didaftarkan sebenarnya cuma ada perubahan dari segi namanya dan beberapa kandungan untuk kita selaraskan bagi memenuhi perjuangan kita.

"Saya serahkan kepada RoS, tetapi saya yakin kita telah mematuhi segala kehendak dan peraturan untuk proses ini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan selama lebih dua jam dengan pihak RoS, di sini, pagi Khamis.

Hadir sama Ahli Parlimen Penampang Darell Leiking (PKR) dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sulambayan yang juga bekas Naib Ketua Umno Bahagian Semporna, Datuk Dr Jaujan Sambakong.

Shafie bagaimanapun enggan mendedahkan nama parti tersebut, tetapi memaklumkan ia didaftarkan pada 2013 dan belum pernah bertanding dalam pilihan raya.

“Sebuah parti berdaftar pada 2013, berpangkalan di Sabah dan parti berteraskan pelbagai kaum.

“Parti yang bukan aktif sangat, tapi dia ada lesen dialah di Sabah dan akan bertanding untuk pilihan raya akan datang,” katanya sambil menambah beliau akan memaklumkan tentang parti tersebut 'bila tiba masanya'.

Shafie turut menambah bahawa beliau bakal menjadi presiden parti tersebut secara rasmi selepas permohonan menukar nama dan logo parti sedia ada itu diluluskan RoS dalam masa terdekat.

Tambahnya lagi, beliau memilih untuk menerajui parti sedia ada, bukannya menubuhkan parti politik baharu kerana prosesnya lebih mudah dan cepat.

Dalam pada itu, beliau juga tidak menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang ditubuhkan  bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Pakatan Harapan.

Katanya, pada peringkat awal beliau memang membantu dalam penubuhan awal PPBM tetapi memutuskan untuk memberi tumpuan kepada perjuangan politik di Sabah.

“Dari segi pendekatan saya katakan bahawa yang penting perjuangan itu bukan berteraskan nasional. Saya masih lagi ahli Parlimen dan saya akan bertanding ahli Parlimen.

“Kita akan lihat (kerjasama), memang matlamatnya sama dan kita nak menang. PPBM dia nak menang dan kita akan pastikan ada perubahan kerajaan dan kita kerjasama dengan mana-mana pihak di atas landasan untuk pastikan ada perubahan di peringkat negeri sabah,” katanya.

Julai lalu, Shafie mengumumkan keluar Umno susulan keputusan Majlis Tertinggi parti itu yang menggantung keahliannya.

Tidak lama kemudian, timbul spekulasi bahawa Shafie bakal menubuhkan sebuah parti baharu yang berpangkalan di Sabah.

Selain hukuman terhadap Shafie, MT Umno telah memecat Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Sebelum itu, Dr Mahathir juga telah mengumumkan untuk keluar Umno.


Tags / Kata Kunci: Shafie Apdal , RoS , Umno

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan