PKR Selangor Tolak Desakan DAP

Diterbitkan: Khamis, 22 September 2016 8:15 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dengan tegas menolak cadangan DAP untuk mengadakan pilihan raya mengejut di negeri ini.

Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor, Zuraida Kamaruddin berkata, parti itu senada dengan pendirian Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk tidak mengkhianati mandat yang diberikan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang lalu.

"Dengan itu PKR Selangor menolak segala usaha untuk mengadakan pilihan raya mendadak (snap polls) oleh mana-mana parti," katanya menerusi kenyataan pada awal pagi Khamis.

Menurut Ahli Parlimen Ampang itu, keputusan sebulat suara tersebut dibuat pada mesyuarat bulanan MPN Selangor yang diadakan pada Rabu malam.

Bagaimanapun tambah Zuraida, PKR Selangor akan terus memperkukuhkan usaha membantah cadangan persempadanan semula kawasan Pilihanraya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"PKR Selangor juga akan menggunakan segala ruang daripada peringkat kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan pengundi kawasan untuk mengumpulkan bantahan termasuk mengambil tindakan mahkamah terhadap SPR." katanya.

Sebelum ini Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mendesak kerajaan Selangor mengadakan pilihan raya mengejut ekoran cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya, yang didakwa sengaja 'mengubah' peta negeri itu.

Bagaimanapun Azmin pada Rabu sekali lagi menegaskan kerajaan negeri tidak akan mengadakan pilihan raya lebih awal meskipun menerima desakan daripada DAP.

SPR melaksanakan Kajian Semula Persempadanan bagi kerusi Parlimen dan DUN bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu dan Sabah bermula 15 September lalu.

Kajian semula itu dilaksanakan mengikut peruntukan Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan dan pindaan kepada Fasal (2) Perkara 14 Perlembagaan Negeri Sabah yang diwartakan pada 18 Ogos lalu.

Tags / Kata Kunci: PKR , DAP , Zuraida Kamaruddin , Azmin Ali , SPR

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan