Prosedur Operasi DBKL Dikaji Semula

Diterbitkan: Khamis, 22 September 2016 2:30 PM

Skuad penguatkuasa DBKL menerima tabik hormat daripada Loga Bala sempena sambutan Hari Penguatkuasa DBKL, Khamis.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Proses dan prosedur operasi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan dikaji semula berikutan penahanan pegawai kanan pihak berkuasa tempatan itu yang terlibat dalam kegiatan rasuah pada Ogos.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Loga Bala Mohan berkata, pihak atasan yang bertugas di DBKL dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan meneliti aliran kerja DBKL dan memperbaiki sebarang kelemahan.

“Mereka akan melihat bagaimana projek diluluskan dan tender yang dipanggil semula. Aspek ini akan diperbaiki,” katanya ketika sambutan Hari Penguatkuasa DBKL ke-47 di Tasik Titiwangsa, di sini, Khamis.

Beliau turut menekankan bahawa tindakan itu bukan ditujukan kepada pihak tertentu, tetapi sekadar peringatan dan langkah-langkah pencegahan.

Sementera itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohd Amin Nordin Abd Aziz pula berkata, beberapa jabatan yang berisiko tinggi terlibat dalam usaha untuk memperbaiki operasi.

“Setakat ini, empat jabatan di DBKL terlibat iaitu Jabatan Perancangan, Perumahan, Perancangan Ekonomi dan Pembangunan serta Pengurusan Sumber Manusia,” jelasnya.

Tags / Kata Kunci: DBKL , SPRM , rasuah

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan