Menanti Kepulangan Wira Paralimpik Hari Ini

Diterbitkan: Khamis, 22 September 2016 9:01 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sambutan besar-besaran menanti kepulangan wira Malaysia di Sukan Paralimpik Rio de Janeiro, Brazil, yang pulang ke tanah hari ini.

Menerusi posting di Facebook Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, beliau menjemput rakyat Malaysia untuk menyambut kontinjen paralimpik pada pukul 2 petang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Selain itu bagi mereka yang berada di sekitar ibu negara, anda mempunyai peluang untuk menyambut atlet paralimpik apabila mereka tiba di Jalan Tun Razak sekitar pukul 5.30 petang.

Mereka kemudian akan dibawa mengggunakan bas tidak berbumbung dalam perarakan yang bermula dari Jalan Tun Razak menuju ke KLCC melalui Jalan Ampang dan berhenti seketika di pintu masuk Dewan Filharmonik Petronas.

Konvoi itu kemudiannya akan melalui Jalan Sultan Ismail dan Jalan Raja Chulan sebelum berhenti sekali lagi di kawasan air pancut berhadapan pintu utama pusat beli belah Pavilion di Jalan Bukit Bintang sebelum bergerak ke destinasi terakhir di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik di Kampung Pandan.

Kontinjen paralimpik mencipta sejarah cemerlang sukan negara apabila meraih tiga pingat emas dan satu gangsa menerusi acara olahraga, sekali gus menamatkan cabaran di kedudukan ke-36 dalam pungutan pingat keseluruhan.

Pingat emas pertama dimenangi atlet pecut Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dalam acara 100m T36 lelaki, disusuli emas kedua menerusi Muhammad Ziyad Zolkefli dalam acara lontar peluru F20 lelaki, yang turut mencipta rekod dunia dengan balingan sejauh 16.84 meter.

Pingat emas ketiga disumbangkan Abdul Latif Romly dalam acara lompat jauh T20 lelaki yang turut mencatat rekod baharu dunia dengan lompatan 7.60 meter, manakala gangsa diraih Siti Noor Radiah Ismail dalam acara lompat jauh T20 wanita dengan memperbaharui rekod Sukan Para Asia dengan jarak 5.20 meter.

Tags / Kata Kunci: Atlet Paralimpik , Khairy Jamaluddin

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan