Bayaran Haji Dijangka Kekal

Diterbitkan: Khamis, 22 September 2016 4:34 PM

(Ubah saiz teks)

BATU PAHAT: Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mengekalkan bayaran haji setiap jemaah meskipun bakal berdepan dengan peningkatan kos 10 hingga 20 peratus tahun hadapan.

Ketua Pegawai Operasi TH Datuk Adi Azuan Abdul Ghani berkata bagi tahun ini, setiap jemaah membayar RM9,980 manakala TH menanggung subsidi sebanyak RM8,910 bagi setiap jemaah.

"Kos keseluruhan haji dijangka meningkat. Kos yang akan dibayar jemaah setakat ini, tiada perubahan. Apa yang meningkat ialah jumlah subsidi TH kepada jemaah," kata beliau kepada pemberita ketika ditemui di Taman Suria, Ayer Hitam, dekat sini pada Khamis.

Beliau berkata kos keseluruhan haji bagi setiap jemaah tahun ini adalah RM18,890 dan dijangka mencecah RM20,000 tahun hadapan berikutan kos perumahan dan penerbangan yang meningkat setiap tahun.

Pada tahun ini, TH memperuntukkan RM160 juta sebagai subsidi untuk kurangkan kos jemaah haji musim 2016.

Sementara itu, Adi Azuan berkata operasi TH sepanjang musim haji tahun ini berjalan lancar tanpa ada sebarang insiden kemalangan besar seperti tahun lalu.

Buat masa ini, TH menumpukan perhatian untuk membawa pulang kira-kira 18,910 jemaah haji yang masih berada di Tanah Suci.

Setakat ini, katanya sebanyak sembilan penerbangan jemaah haji dari Mekah sudah tiba melibatkan 3,766 orang manakala satu lagi penerbangan dalam perjalanan dan 39 penerbangan lagi akan berlepas sehingga penerbangan terakhir pada 15 Oktotber ini.

Terdahulu, Adi Azuan menziarahi keluarga seorang jemaah haji, Allahyarham Harun Juhari, 75, yang meninggal dunia pada 7 September di Mekah akibat jangkitan kuman di paru-paru.

Isteri Allahyarham Harun, Sutini Sulaiman, 64, yang baru tiba dari tanah suci semalam, reda pemergian suaminya dan mengucapkan terima kasih kepada TH kerana menguruskan semua proses termasuk pengebumian dan badal haji suaminya.

Turut hadir mengetuai tahlil di rumah Allahyarham ialah Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) Datuk Noh Gadut. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Haji , Tabung Haji

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan