Anjing Bebas 'Penjara' Plastik

Diterbitkan: Khamis, 22 September 2016 10:01 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Seekor anjing yang kepalanya terperangkap dalam bekas plastik di tempat pembuangan sampah di kawasan perumahan pinggir bandar ini akhirnya diselamatkan oleh renjer Unit Penyelamat Hidupan Liar.

Operasi menyelamat dibuat selepas seorang pegawai kanan Jabatan Hidupan Liar Sabah menerima panggilan mengenai insiden membabitkan anjing liar yang terperangkap dalam bekas plastik ketika mencari makanan di kawasan perumahan Taman Inanam Laut di sini.

Pasukan yang diketuai doktor haiwan Unit Penyelamat Hidupan Liar, Dr Nabila Sarkawi memberikan ubat penenang kepada anjing itu sebelum mengeluarkan bekas plastik dari kepalanya.

Pasukan itu kemudiannya memberi rawatan kepada haiwan itu, demikian menurut Unit Penyelamat Hidupan Liar menerusi catatan di Facebook.

"Anjing itu mengalami dehidrasi kerana mungkin tidak makan atau minum selama beberapa hari.

"Ia mungkin tidak akan mampu bertahan jika terperangkap untuk tempoh 36 jam lagi," kata Dr Nabila.

Anjing itu kemudian dibawa ke SPCA Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut.

Mereka menamakan anjing itu sebagai 'Plasty' kerana dia dijumpai terperangkap dalam bekas plastik.

Tags / Kata Kunci: Anjing Liar

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan