Mesej, Audio Viral Pencerobohan Tidak Benar - Komander Esscom

Diterbitkan: Rabu, 21 September 2016 9:55 AM

Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid

(Ubah saiz teks)

LAHAD DATU: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) meminta orang ramai tidak mempercayai mesej dan audio yang diviralkan melalui aplikasi WhatsApp kononnya berlaku pencerobohan di Lahad Datu dan Sandakan.

Komander Esscom, DCP Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata ini kerana perkara yang disebarkan sejak semalam itu adalah tidak benar sama sekali.

"Tidak ada apa-apa yang berlaku sepertimana yang diviralkan dalam audio dan sebagainya...Abaikan WhatsApp viral sedemikian," katanya kepada Bernama di sini, Rabu.

Ditanya sekiranya viral itu timbul ekoran latihan yang dijalankan daripada Esscom beliau menafikan perkara itu.

"Kami tiada buat latihan pun...tiada apa yang berlaku...selepas kekecohan ini timbul, kami terpaksa mengesahkan perkara ini dengan pejabat polis daerah  untuk kesahihannya," katanya lagi.

Katanya, orang ramai tidak perlu panik dan boleh menghubungi Pusat Operasi Esscom (089-863181) atau ke balai polis berdekatan untuk mendapatkan maklumat sahih.

Semalam, satu audio berlatarkan suara lelaki menjadi viral selepas meminta orang ramai tidak pergi ke kawasan bandar atau tepian pantai berikutan kononnya berlaku pencerobohan.

Tags / Kata Kunci: Esscom

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan