Tentera Disaran Berkhidmat 21 Tahun - Johari

Diterbitkan: Rabu, 21 September 2016 2:13 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Anggota tentera akan dicadang untuk perlu berkhidmat selama 21 tahun dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi mengatasi masalah pesara tentera yang tidak berpencen, kata Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd Johari Baharum.

Beliau berkata cadangan yang akan dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) itu ialah untuk tidak lagi membenarkan anggota tentera memilih bersara awal ekoran pelbagai masalah yang dihadapi kerana mereka tidak berpencen.

"Cadangan kepada kerajaan ialah kalau masuk askar, pencen perlu mencapai 21 tahun perkhidmatan. Kalau tidak, selama-lamanya akan ada masalah berhubung tentera tidak berpencen," katanya kepada pemberita pada program 'Walk For Peace' di Dataran Putrajaya di sini, Rabu.

Menurutnya, berdasarkan data Lembaga Hasil Dalam Negeri terdapat kira-kira 90,000 anggota tentera yang tidak berpencen pada masa ini.

Mohd Johari berkata Kementerian Pertahanan sedang menjejaki golongan tentera yang tidak berpencen di seluruh negara menerusi pelbagai alumni dan pusat sehenti yang diwujudkan Jabatan Hal Ehwal Veteran.

Beliau berkata pusat sehenti berkenaan memberi peluang kepada veteran ATM yang bermasalah untuk bertemu pegawai Kementerian Pertahanan bagi mendapatkan sebarang nasihat dan bantuan.

Menegaskan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dengan kebajikan veteran tentera dan mengkaji keperluan mereka dari semasa ke semasa, Mohd Johari berkata turut dikaji oleh Kementerian Pertahanan ialah mengenai bantuan kepada mereka yang tercedera semasa bertempur.

"Sebagai contoh, seorang anggota tentera yang berpangkat koperal semasa dia cedera bertempur, maka bantuan yang diberikan kepadanya adalah mengikut pangkatnya ketika bertempur itu (iaitu koperal), walaupun ketika bersara dia sudah berpangkat pegawai waran," katanya.

Tags / Kata Kunci: ATM , Johari Baharum

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan