Selangor Didakwa Kekang Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia

Diterbitkan: Rabu, 21 September 2016 7:41 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor didakwa menimbulkan pelbagai masalah berhubung pembinaan rumah mampu milik untuk rakyat yang dirancang kerajaan persekutuan di negeri itu.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar berkata berkata Perbadanan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA) misalnya, merancang membina 27 projek perumahan mampu milik untuk rakyat Selangor tetapi gagal dilaksanakan kerana mendapat pelbagai kekangan.

"Kami (Kerajaan Persekutuan) mahu membantu rakyat untuk memiliki rumah dengan projek yang sudah diluluskan, tapi kerajaan negeri pula menimbulkan  pelbagai masalah, hari ini satu pun belum dapat dilaksanakan," katanya ketika berucap pada majlis Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2016 serta program ramah mesra dengan penduduk setempat di Cheras, dekat sini malam ini.

Beliau berkata jumlah itu meliputi pembinaan 51,000 unit rumah PRIMA yang sehingga kini belum dapat dilaksanakan.

Bagaimanapun Noh tidak menjelaskan terperinci berhubung kekangan berkenaan.

Noh yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor turut mempersoalkan tindakan kerajaan negeri yang tidak membantu rakyat khususnya mereka yang  berpendapatan rendah membeli rumah dengan pemberian subsidi sebagaimana  dilakukan Kerajaan Persekutuan melalui Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

"Kalau rumah harga RM100,000, paling tidak mereka boleh bagi subsidi RM10,000. Seperti Kerajaan Persekutan, kalau ikut kos sebenar sebuah rumah PPRT bernilai RM165,000 tetapi kami jual RM35,000 sahaja," katanya.

Tags / Kata Kunci: Noh Omar , Azmin Ali , PR1MA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan