Bomba, JPAM Bantu Bawa Pesakit Seberat 250kg Ke Hospital

Diterbitkan: Rabu, 21 September 2016 5:52 PM

Anggota Bomba dan Penyelamat serta anggota Pertahanan Awam terpaksa menggunakan kain bagi mengangkat dan memindahkan Sia Chie Herng yang mempunyai masalah obesiti dengan berat badan seberat 250kg dari rumah ke Hospital Sibu menggunakan sebuah lori pada Rabu. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

SIBU: Empat anggota paramedik yang tiba dengan ambulans terpaksa meminta bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk membawa seorang lelaki obesiti ke hospital, Rabu.

Sia Chie Herng, 33, yang mempunyai berat badan 250 kilogram terlalu lemah dan bengkak kakinya, sehingga tidak mampu berdiri, sekali gus memaksa anggota paramedik mendapatkan bantuan tambahan untuk mengangkat lelaki itu di rumahnya di Ulu Sungai Merah, di sini.

Menurut Penolong Penguasa Kanan Bomba Terry Robson, empat anggota bomba tiba dengan kenderaan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dan Jentera Penyelamat Rapid (RRV) ke rumah lelaki itu kira-kira pukul 11.35 pagi.

Namun, mereka terpaksa meminta bantuan daripada rakan untuk membawa lori berikutan tubuh lelaki itu terlalu besar bagi dimasukkan ke dalam ambulans.

Dibantu tiga anggota JPAM, mereka mengambil masa setengah jam untuk menaikkan Sia ke atas lori dan membawanya ke hospital bagi menjalani rawatan. - Bernama

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan