MCA: Selesai Dulu Isu Persempadanan Semula

Diterbitkan: Rabu, 21 September 2016 6:02 PM

Chua Tee Yong

Chua Tee Yong.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: MCA hanya akan membuat keputusan mengenai calon-calonnya untuk pilihan raya umum akan datang selepas isu persempadanan semula diselesaikan pada mesyuarat majlis tertinggi Barisan Nasional (BN) Jumaat ini, kata naib presiden MCA, Datuk Chua Tee Yong.

Beliau berkata, terlalu awal untuk memutuskan mengenai kerusi dan calon dengan tempoh masa yang dibenarkan bagi membantah dan meluluskan cadangan persempadanan semula.

"Biar kita tunggu sehingga Jumaat ini untuk mesyuarat majlis tertinggi Barisan Nasional berbincang mengenai persempadanan semula.

"Kita masih mempunyai masa sebulan lagi untuk membantah dan cadangan itu perlu diluluskan di Parlimen.

"Kita menyokong pendirian parti dan kebanyakan parti menyatakan rasa tidak puas hati mengenai beberapa perkara berhubung persempadanan semula.

"Jadi, saya fikir ia merupakan sesuatu yang kita perlu lihat sebelum sebarang pengumuman lanjut," katanya selepas melawat kilang pembuatan plastik LH Plus Sdn Bhd di sini, Rabu.

Terdahulu, dilaporkan bahawa MCA membantah cadangan persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan akan mengemukakan cadangan balas.

Presiden parti, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, butiran mengenai persempadanan semula yang dikeluarkan pada akhir minggu lepas tidak wajar bagi sebuah negara berbilang agama dan kaum, dan cadangan balas MCA akan sedia untuk dibincangkan pada mesyuarat majlis tertinggi BN pada Jumaat ini.

Tags / Kata Kunci: Chua Tee Yong , persempadanan semula

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan