Air Pasang: Jumlah Mangsa Pusat Pemindahan Di Perak, Kedah Meningkat

Diterbitkan: Rabu, 21 September 2016 12:23 PM

Sebahagian daripada penduduk kampung terpaksa melalui jalan yang rosak dipukul ombak akibat fenomena air pasang besar di sekitar Sungai Meriam, Rabu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua negeri, Perak dan Kedah mencatatkan peningkatan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan banjir pagi ini manakala Selangor mencatatkan sedikit penurunan.

Di Perak, jumlah penduduk yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan banjir  ekoran fenomena air pasang besar meningkat kepada 106 orang setakat pagi ini, berbanding 97 semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri berkata setakat 6 pagi tadi 76 orang daripada 15 keluarga ditempatkan di dewan orang ramai Kampung Panchor, Pantai Remis.

Seramai 17 orang dari dua keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Tapak Semenang, Teluk Intan, manakala 13 lagi juga dari dua keluarga di dewan orang ramai Kampung Nelayan, Kuala Kurau. 

"Paras air di semua kawasan terjejas juga semakin surut," katanya dalam kenyataan di sini, Rabu.

Tinjauan Bernama mendapati cuaca di ketiga-tiga kawasan setakat ini adalah baik.

Di KEDAH, jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan akibat fenomena air pasang besar di daerah Kuala Muda meningkat kepada 934 orang berbanding 769 orang, semalam.

Pegawai Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Kuala Muda Lt Muda Pertahanan Awam, Azahar Ahmad berkata satu lagi pusat pemindahan dibuka menjadikan keseluruhan enam pusat bagi menempatkan 226 keluarga berkenaan.

Beliau berkata setakat 9 pagi tadi, seramai 165 orang daripada 31 keluarga di Kampung Sungai Pial, Tanjung Dawai dipindahkan ke Pusat Komuniti Sihat Perkasa Negara (Kospen) kampung itu sejak petang semalam.

Katanya jumlah mangsa di lima pusat pemindahan lain tidak berubah melibatkan Sekolah Kebangsaan Seri Kuala dengan 267 orang; Dewan Kampung Paya (94 orang) dan Surau Kampung Sungai Yu (74 orang).

"Pusat pemindahan di Rumah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Sungai Meriam melibatkan 262 orang dan Dewan Telok Amboi melibatkan 72 orang," katanya dalam kenyataan di sini, Rabu.

Di SELANGOR, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan di sekitar negeri itu sedikit menurun iaitu 221 orang berbanding 224, setakat pukul 9 pagi tadi. 

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata mangsa yang terlibat adalah penduduk dari Kampung Sungai Air Tawar, Sabak Bernam (54 orang), Kampung Tok Muda, Kapar, Klang (152 orang) dan Kampung Tok Adam, Tanjong Karang (15 orang).

Beliau berkata tiga pusat pemindahan yang dibuka ialah di Dewan Kampung Tok Muda; Balai Raya Lorong Hamzah 2, Kampung Tok Adam dan Dewan Orang Ramai Sungai Air Tawar.

Dalam pada itu, beliau turut meminta orang ramai terutamanya yang berdekatan dengan kawasan sungai atau laut supaya sentiasa berwaspada dan mengambil langkah keselamatan berikutan jangkaan air laut pasang tinggi berlaku dalam tempoh beberapa hari ini.

"Hari ini juga cuaca dijangka mendung dan air mula pasang pada 9 pagi ini, kami jangka ketinggian air mampu mencapai 5.2 meter," katanya.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: air pasang , Perak , Kedah

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan