Gangguan Bekalan Air Di Subang Jaya, Puchong Sehingga Esok

Diterbitkan: Rabu, 21 September 2016 11:09 AM

catuan
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di Subang Jaya dan Puchong sedang mengalami gangguan bekalan air sementara berikutan paip air pecah di Batu 13, Kg Kenangan, Puchong.

Ketua Komunikasi Korporat, Kumpulan Pengurusan Air Selangor, Amin Lin Abdullah dalam kenyataan pada Rabu berkata, kerja-kerja pembaikan paip air pecah sedang giat dijalankan sejak semalam dan bekalan air di kawasan terlibat dijangka pulih secara berperingkat selepas pukul 7.30 malam esok.

Menurutnya, kawasan yang terlibat adalah USJ 1 hingga USJ 15, USJ 16 hingga USJ 27, Kg Kenangan, Jalan Subang 9, Sg Penaga Industrial Park dan Jalan Bandar 1 hingga Jalan Bandar 19 Pusat Bandar Puchong.

"Turut terjejas adalah kawasan di Jalan Merbah 1 hingga Jalan Merbah 3 Bandar Puchong Jaya, Taman Perindustrian Puchong, Taman Sri Puchong, Kompleks Sukan Rakan Muda Puchong, Stesen LRT Pusat Bandar Puchong, Kg Sri Langkas, Kg Sri Aman, Taman Puchong Intan dan Taman Puchong Prima," katanya.

Beliau berkata pengguna boleh mendapatkan status terkini mengenai kerja-kerja pembaikan itu melalui aplikasi telefon bimbit 'mySYABAS' dan melayari www.syabas.com.my.

Tags / Kata Kunci: Gangguan Bekalan Air

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan