Aksi Bomba Selamat Kucing Dipuji - Berita Semasa | mStar

Aksi Bomba Selamat Kucing Dipuji

Diterbitkan: Rabu, 21 September 2016 12:57 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Keprihatinan pihak bomba dalam soal keselamatan tidak terhad kepada orang ramai sahaja, tetapi turut melibatkan nyawa haiwan.

Aksi seorang anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam menyelamatkan seekor kucing yang terperangkap dalam longkang besar di Seksyen 7 Shah Alam baru-baru ini ternyata menarik perhatian umum terhadap sikap kemanusiaan pasukan penyelamat itu.

Berdasarkan rakaman video selama dua minit 25 saat itu, ahli bomba terbabit sanggup berenang meredah air longkang yang kotor sambil disaksikan oleh rakan sepasukannya yang lain.

Lebih mengagumkan, anggota bomba lelaki itu turut dilihat memegang tali dan memakai jaket keselamatan sebagai langkah berjaga-jaga walaupun operasi tersebut kelihatan remeh bagi sesetengah pihak.

Kucing berbulu putih yang terperangkap di tunggul kayu di tengah-tengah longkang itu juga seolah-olah memberi kerjasama yang baik kepada anggota bomba berkenaan untuk menjalankan tugasnya.

Video itu yang dikongsi dalam akaun Facebook, Friends of Bomba Malaysia telah ditonton sebanyak 162,000 kali sejak mula dimuat naik pada 19 September lalu.

Rata-rata pengguna Facebook memuji tindakan pasukan bomba terlibat yang menunjukkan sifat kemanusiaan terhadap haiwan.

Tags / Kata Kunci: Bomba
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan