Umno Mohon Persempadanan Parlimen Bukit Katil Dikaji Semula

Diterbitkan: Selasa, 20 September 2016 11:05 PM

Mohd Ali Rustam

Tan Sri Mohd Ali Rustam

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Umno Bahagian Bukit Katil hari ini meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengkaji semula cadangan persempadanan semula untuk kawasan Parlimen dengan nama yang sama.

Ketua Umno bahagian itu Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata ini kerana persempadanan semula dicadangkan itu akan membawa keluar pusat daerah mengundi (PDM) Bachang dan Peringgit ke kawasan Parlimen Kota Melaka.

"Sekiranya ini berlaku Parlimen Bukit Katil yang kini mempunyai kira-kira 105,000 pengundi akan kehilangan lebih 10,000 pemilih berdaftar di kedua-dua PDM itu," katanya dalam sidang akhbar di Bandar Hilir di sini Selasa.

Mohd Ali yang juga anggota Dewan Negara berkata Umno juga akan mencadangkan kepada SPR untuk menambah dua atau tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parlimen itu dalam kajian persempadanan semula kawasan tersebut.

Pada masa ini, Parlimen Bukit Katil mempunyai empat kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu Bachang, Ayer Keroh, Bukit Baru dan Ayer Molek.

Pada pilihan raya umum 2013, kerusi Parlimen Bukit Katil dimenangi Shamsul Iskandar Mohd Akin daripada PKR menewaskan Mohd Ali dengan majoriti 5,447 undi.

Telah dilaporkan sebelum ini Parlimen Bukit Katil merupakan kawasan parlimen yang bakal menjadi tumpuan utama dan 'kawasan panas' di Melaka pada pilihan raya akan datang.

Dalam pada itu, beliau turut menyelar sikap pembangkang yang mendakwa SPR melaksanakan persempadanan semula itu demi kepentingan pihak tertentu.

"Dari dahulu lagi pembangkang akan sentiasa menuduh bahawa ada konspirasi namun apa yang dilaksanakan SPR adalah mengikut peraturan dan sebagaimana diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan, katanya.

Di KUANTAN, Pemuda Umno Pahang berkata gerak kerja dan persiapannya untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidak terjejas dengan cadangan persempadanan semula oleh SPR.

Ketuanya Mohd Shahar Abdullah berkata isu persempadanan semula tidak boleh dijadikan alasan kerana apa yang penting ialah semua jentera parti bekerja keras mendekati pengundi untuk terus bersama Barisan Nasional (BN).

Sebagai sebuah parti yang telah berusia 70 tahun, persempadanan semula bukanlah perkara baharu dan asing kepada Umno yang telah beberapa kali berdepan dan berjaya mengharungi isu terbabit, tambahnya.

"SPR sudah pasti telah melakukan kajian teliti sebelum membuat cadangan persempadanan semula. Paling penting ialah bagaimana kita menghadapinya dan bergerak ke depan. Jentera UMNO adalah satu gerak kerja tersusun dan berstruktur," katanya.

Mohd Shahar berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Program Menjuarai Kecemerlangan 'Corporate War Games: Elite Squad' di sini hari ini, yang turut dihadiri 12 daripada 14 Ketua Pemuda Umno Bahagian seluruh Pahang.

Beliau diminta mengulas cadangan SPR Pahang pada 15 Sept lalu menerusi buku notis di pejabatnya di sini, yang mengumumkan dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang akan diubah menerusi proses persempadanan semula.

Menerusi cadangan itu, dua DUN Pahang diubah nama dan kawasan iaitu Kuala Sentul kepada Jengka manakala Jengka kepada Paya Pulai.

DUN Jengka yang semasa ini berada dalam Parlimen Kuala Krau dicadangkan dipindah ke Parlimen Maran manakala Paya Pulai menggantikannya.

Mengulas mengenai penganjuran perhimpunan Bersih 5.0 pada 19 Nov depan, Mohd Shahar berharap penganjur dan pembangkang dapat memikir kembali tindakan itu yang dapat menjejaskan pandangan masyarakat luar terhadap Malaysia.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan