Tahlil Untuk Arwah Wan Mohammad Khair-il Di Sarawak Esok

Diterbitkan: Selasa, 20 September 2016 4:19 PM

Adenan Satem (kanan) dan isteri Puan Seri Jamilah Anu menerima kunjungan Mastura (tengah) bersama dua anak lelakinya di Pejabat Ketua Menteri di Wisma Bapa Malaysia pada Selasa. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Keluarga Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau Mei lalu, akan mengadakan majlis tahlil di Kampung Lingga dekat Sri Aman pada Rabu.

Anggota Parlimen Kuala Kangsar Datin Mastura Mohd Yazid berkata beliau dan anak-anaknya akan turut berjumpa dengan orang kampung serta anggota pasukan penyelamat yang terlibat dalam operasi mencari mayat arwah suaminya untuk mengucapkan penghargaan.

Beliau berkata Kampung Lingga merupakan lokasi yang begitu hampir dengan tempat mayat Allahyarham Wan Mohammad Khair-il Anuar ditemukan dalam tragedi yang turut meragut nyawa lima yang lain.

"Kami nak pergi ke sana untuk pergi ke lokasi berhampiran di mana mayat arwah dijumpai. Kami juga akan mengadakan tahlil untuk arwah dan berjumpa dengan orang kampung serta anggota pasukan penyelamat dan berterima kasih kepada mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas melakukan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem di Wisma Bapa Malaysia yang turut disertai anak-anaknya di sini Selasa.

Mengenai kunjungan itu, Mastura berkata pertemuan itu antara lain sebagai tanda terima kasih kepada Ketua Menteri serta kerajaan Sarawak atas keprihatinan dan persahabatan yang terjalin sejak tragedi malang itu berlaku.

"Kami bercerita mengenai apa yang berlaku pada malam kejadian itu, saya tahu banyak usaha di peringkat kerajaan Sarawak (dilakukan) untuk tentukan supaya semua operasi dijalankan teratur dan lancar sehingga saya dapat bawa kembali jenazah suami saya ke Kuala Kangsar.

"Sarawak kini menjadi tempat yang terpahat di hati saya dan anak-anak untuk selama-lamanya kerana di sinilah tempat arwah menghembus nafasnya yang terakhir," katanya.

Mastura berkata beliau juga akan meminta anaknya, Wan Imar Izzat yang juga seorang penyanyi untuk mencipta satu lagu khas buat warga Sarawak. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan