PM Puji PPR Paya Permai Bangunkan Projek Taman Herba

Diterbitkan: Selasa, 20 September 2016 11:10 PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika berkunjung ke Projek Taman Herba Sungai Midah yang dibangunkan komuniti Projek Perumahan Rakyat (PPR) Raya Permai, Jalan Sungai Besi, Selasa. -foto FB Najib Razak

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memuji inisiatif komuniti yang berusaha meningkatkan taraf kehidupan mereka seperti Projek Taman Herba yang dibangunkan komuniti Projek Perumahan Rakyat (PPR) Raya Permai, Jalan Sungai Besi di sini.

Beliau berkata usaha dan sikap penduduk PPR Raya Permai itu perlu dijadikan teladan.

"Saya gembira dapat bertemu dengan komuniti di sini yang telah mengusahakan inisiatif bagi meningkatkan taraf kehidupan mereka seperti Projek Taman Herba Sungai Midah dan sebagainya," katanya dalam laman Facebook beliau, Selasa.

Najib turut memuat naik lima gambar lawatannya ke komuniti itu dalam laman Facebook beliau.

Projek Taman Herba itu, yang dibangunkan di bawah program Sungai Midah Local Agenda 21 (LA21) dengan usaha sama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Universiti Putra Malaysia, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan penduduk, dilaksanakan sejak empat tahun lepas.

Projek itu, yang dirasmikan pada 17 Jun 2012, merupakan sebahagian daripada projek DBKL dalam usahanya menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar raya hijau.

Lebih 300 spesies pokok herba ditanam di kawasan seluas 1.2 hektar itu termasuk Jarum Tujuh Bilah, Semambu, Putat, Tenggek Burung, Kaduk, Lemuning, Sirih dan Serai Wangi.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan