PAS Tidak Tolak Kemungkinan Ahmad Yakob Dilantik Mursyidul Am PAS

Diterbitkan: Selasa, 20 September 2016 7:18 PM

Datuk Ahmad Yakob

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob berkemungkinan dilantik sebagai Mursyidul Am PAS yang baharu bagi menggantikan Allahyarham Datuk Dr Haron Din, kata Setiausaha Agung parti itu Datuk Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata pelantikan itu adalah berdasarkan amalan yang berlaku sebelum ini sejak Majlis Syura Ulama dan jawatan tersebut diwujudkan.

"Mengikut sejarah, sejak Yusof Rawa menjadi Mursyidul Am PAS, sekiranya berlaku kematian, timbalannya akan naik sebagai Mursyidul Am.

"Malah, setakat ini kita tidak mendengar nama lain untuk diangkat sebagai Mursyidul Am," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Bagaimanapun, Takiyuddin berkata tokoh yang akan dilantik memegang jawatan itu akan diputuskan melalui mesyuarat Majlis Syura Ulama dan mendapat persetujuan daripada 15 anggotanya termasuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

"Setakat ini kita belum mendapat tarikh bila mesyuarat berkenaan akan diadakan dan jawatan itu kini dipangku Timbalan Mursyidul Am (Ahmad)," katanya.

Haron, 76, meninggal dunia pada 10.10 pagi Jumaat lepas (waktu Malaysia) di Stanford University Hospital di San Francisco, akibat komplikasi jantung.

Mengenai kenyataan anggota Parlimen Bukit Jelutong, Jeff Ooi yang disifatkan menyinggung perasaan orang Islam susulan komennya berhubung kematian Allahyarham Haron, Takiyuddin berkata PAS menyerahkan perkara tersebut kepada polis untuk menjalankan siasatan.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan