Malaysia Komited Penuhi Tanggungjawab Terhadap Migran - TPM

Diterbitkan: Selasa, 20 September 2016 7:00 AM

Ahmad Zahid Hamidi.

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Malaysia sedia menerima sekumpulan 421 lagi migran Syria menjelang akhir tahun ini, yang mencerminkan komitmennya dalam memenuhi tanggungjawab antarabangsa terhadap migran yang berpunca daripada konflik di beberapa negara, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada mesyuarat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Isnin.

Timbalan perdana menteri menegaskan bahawa Kuala Lumpur tetap berpegang teguh membuktikan kesungguhannya dalam bentuk tindakan akan tetapi turut menarik perhatian kepada isu kesahihan kad Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi pelarian yang perlu ditangani.

"Saya berani memberi jaminan bahawa Malaysia tidak akan mengabaikan tanggungjawab dan komitmen antarabangsanya dalam menangani isu migran ini yang berpunca daripada peperangan, bencana alam, pergolakan politik dan konflik senjata," katanya.

Ahmad Zahid, yang mengetuai delegasi Malaysia pada sesi ke-71 Perhimpunan Agung PBB (UNGA), berkata demikian semasa berucap pada mesyuarat peringkat tinggi mengenai isu menangani pemindahan besar-besaran pelarian dan migran di sini.

Berucap pada mesyuarat yang dihadiri Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon, timbalan perdana menteri merujuk kepada ikrar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada sesi ke-70 UNGA tahun lepas bahawa Malaysia akan menerima 3,000 migran Syria dalam tempoh tiga tahun hasil daripada konflik Syria dan Iraq.

"Saya mahu berkongsi pada persidangan yang mulia ini bahawa kami telah menerima 79 migran Syria dalam dua kumpulan setakat Mei 2016, dan kami sudah bersedia untuk menerima 412 migran Syria lagi menjelang akhir tahun," katanya kepada perhimpunan agung PBB itu yang diadakan di tengah-tengah kawalan ketat keselamatan, dengan kehadiran polis jelas kelihatan di setiap sudut bandar kosmopolitan ini yang mempunyai penduduk seramai 8.5 juta orang.

Malaysia menerima 340 migran dari Bosnia dan Herzegovina dari 1997 hingga 2003 melalui komitmen kemanusiaan serupa.

"Ini jelas menunjukkan kepatuhan penglibatan Malaysia terhadap isu yang berterusan ini," kata Ahmad Zahid pada mesyuarat itu, yang pertama secara rasmi baginya di UNGA.

Malaysia, katanya, bukan asing dalam isu menangani masalah pelarian ini kerana telah berhadapan dengan pembanjiran 'orang hanyut' Vietnam pada awal tahun 1970-an sebelum menempatkan mereka semula ke negara-negara ketiga dengan bantuan UNHCR.

Beliau menarik perhatian bahawa setakat 31 Julai 2016, Malaysia masih menempatkan 151,596 orang yang perlu dilindungi (POC) yang terdiri daripada pelarian dan mereka yang mencari suaka politik dari 54 buah negara walaupun istilah 'pelarian' itu tidak ditakrifkan di bawah perundangan negara-negara berkenaan.

"Walaupun tidak menjadi anggota Konvensyen Pelarian 1951 dan Protokol 1967 Protocol, Malaysia telah sentiasa menghulurkan bantuan kemanusiaan terhadap kes-kes tertentu tanpa menjejaskan kedaulatan, kewibawaan dan keselamatan negara," katanya.

Ahmad Zahid mengambil peluang ini untuk menegaskan masalah berlarutan berhubung penempatan semula sekumpulan pelarian yang ada di Malaysia ke negara-negara ketiga yang dalam keadaan tertentu mengambil masa bertahun-tahun lamanya.

Beliau bercakap mengenai bagaimana ini akan seterusnya mencetuskan masalah terhadap ekonomi, sosial, politik dan keselamatan negara.

Sehubungan itu, beliau menggesa UNHCR dan negara-negara di bawah Konvensyen Pelarian 1951 dan protokol yang berkaitan supaya memberikan perhatian serius dan mengambil tindakan segera terhadap perkara ini.

"Satu lagi masalah berhubung kependudukan pelarian sedia ada di Malaysia ialah kesahihan kad UNHCR yang dikeluarkan kepada mereka.

"Langkah ke hadapan yang saya cadangkan dalam perbincangan dengan UNHCR ialah penubuhan pasukan petugas bersama antara Malaysia dan UNHCR bagi mendaftarkan dan mengeluarkan kad yang mengandungi ciri-ciri tambahan keselamatan," katanya.

Namun demikian, Ahmad Zahid mengakui bahawa penentuan status pelarian terletak sepenuhnya atas budi bicara UNHCR.

Terdahulu dalam ucapan beliau, timbalan perdana menteri memuji Ban dan insiatif UNGA dalam menganjurkan mesyuarat untuk merangsang negara-negara anggota PBB memberi tumpuan terhadap keperluan tindakan yang selaras dan saling melengkapi mengenai penghijrahan dan pemindahan penduduk.

Beliau berkata isu migrasi atau penghijrahan ini telah menjadi dan akan terus memberikan cabaran penting keselamatan terhadap Malaysia.

Ahmad Zahid menarik perhatian bahawa bentuk paling biasa penghijrahan yang tidak teratur atau tidak sah adalah yang berkaitan dengan penghijrahan pekerja haram, pemerdagangan buruh dan/atau eksploitasi seksual serta orang yang melarikan diri daripada penganiayaan, diskriminasi, bencana alam, kemiskinan dan konflik bersenjata. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: migran , Malaysia , PBB

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan