Kebaya Simbol Perpaduan

Diterbitkan: Selasa, 20 September 2016 9:27 AM

Lyana Khairuddin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia dilihat berdepan krisis identiti dengan kebanyakan orang Melayu mengamalkan budaya Arab, kata peguam bela Lyana Khairuddin.

Malah beliau turut mengeluh apabila baju kebaya misalnya, pada hari ini dikaitkan dengan pakaian yang mendedahkan bentuk tubuh pemakai.

"Islam di Nusantara sudah lama terjalin tetapi mengapa hanya sekarang kita memakai jubah (pakaian Arab)?

"Kenapa sekarang kita (orang Melayu) mengamalkan budaya Arab sedikit demi sedikit," soalnya.

Untuk menggalakkan perpaduan, beliau memulakan usahanya menerusi “Bring Back the Kebaya” dengan harapan untuk mengangkat semula martabat pakaian tradisional itu dalam kehidupan rakyat Malaysia.

Lyana yang juga penulis, ahli akademik dan penyelidik berkata baju kebaya merupakan simbol perpaduan kerana kepelbagaian sejarah pakaian itu sendiri boleh membantu mengekang perpecahan kaum.

"Baju kebaya kaya dengan sejarah di kalangan komuniti Cina Peranakan dan mereka memakai pakaian itu selama bertahun-tahun lamanya," katanya kepada The Star.

Lyana berkata pada hari ini, pemakaian baju kebaya menampilkan potongan badan pemakai.

"Ketika saya bertanya kepada rakan supaya memakai baju kebaya, mereka berkata 'biar saya kurangkan berat badan dululah.

"Baju kebaya adalah simbol kesaksamaan, semua wanita boleh memakainya," kata Lyana.

Lyana berkata sebagai sebahagian daripada usaha untuk menggembalikan pemakaian baju kebaya, beliau terpaksa menyarung pakaian tradisional itu ketika menyertai acara maraton.

Beliau turut merancang untuk mengadakan majlis makan malam pada 12 November dan pertemuan komunititi pada 13 November ini sebagai sebahagian daripada usahanya menerusi “Bring Back the Kebaya”.

Sebahagian daripada hasil menerusi majlis itu akan disalurkan ke SEED Foundation Malaysia.

Lyana juga merupakan salah seorang penulis dalam buku Moderate Star Media Group dengan esei bertajuk Malaysia, truly Arab?

Tags / Kata Kunci: baju kebaya , Lyana Khairuddin

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan