Gerakan Kumpul 100 Pengundi Bantah Usul Persempadanan Semula

Diterbitkan: Selasa, 20 September 2016 5:10 PM

Datuk Seri Mah Siew Keong

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Gerakan berjaya mengumpulkan 100 pengundi berdaftar untuk mengemukakan bantahan usul persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dikemukakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di setiap kawasan yang dikenal pasti, kata Presidennya Datuk Seri Mah Siew Keong.

Menyelar hasrat pembangkang untuk mengadakan pilihan raya kecil di Selangor ekoran usul itu, Mah berkata Gerakan yang turut tidak berpuas hati dengan beberapa usul persempadanan semula itu akan membuat bantahan mengikut prosedur SPR.

Tanpa meletakkan bilangan atau menamakan kawasan pilihan raya terlibat, beliau berkata perkara berkaitan bantahan itu akan dibincangkan pada Sabtu ini selepas mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) diadakan Jumaat.

Mah yang juga Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi turut membidas  DAP yang sepatutnya gembira dengan usul persempadanan semula itu kerana memberi  banyak kelebihan kepada parti itu.

"Daripada 45 kerusi Parlimen dan DUN (Dewan Undangan Negeri) yang diperuntukkan untuk Gerakan, DAP akan mendapat kelebihan di kebanyakan kerusi tersebut. Mereka sepatutnya sangat gembira," katanya kepada pemberita selepas dialog kementerian dengan industri komoditi, di sini Selasa.

"Contohnya di Beruas, Perak, Gerakan telah bekerja keras untuk merampas kawasan itu daripada DAP tetapi dengan persempadanan semula ini ia akan memberi kelebihan kepada DAP," katanya lagi.

Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh sebelum ini memaklumkan Kajian Semula Persempadanan Bahagian-bahagian Pilihan Raya bagi Negeri-negeri Tanah Melayu dan Sabah itu dilaksanakan mengikut peruntukan Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan dan pindaan kepada Fasal (2) Perkara 14 Perlembagaan Negeri Sabah yang diwartakan pada 18 Ogos lepas.

Semua pihak diberikan masa selama sebulan sehingga 14 Okt untuk mengemukakan bantahan masing-masing.

Mengikut persempadanan semula itu, SPR turut mencadangkan penambahan satu kerusi baharu Damansara, yang meliputi kerusi Petaling Jaya Utara sebelum ini, dengan bilangan pengundi melebihi 150,000 orang.

Penasihat DAP Lim Kit Siang dilaporkan mendesak supaya Selangor mengadakan pilihan raya mengejut ekoran cadangan persempadanan semula, yang didakwa sengaja 'mengubah' peta negeri itu.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan