SPR Gagal Atasi Masalah Persempadanan Semula - Aktivis Politik

Diterbitkan: Selasa, 20 September 2016 7:18 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Aktivitis politik, Wong Chin Huat mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal mengatasi masalah pembahagian yang tidak adil dalam pelan persempadanan semula.

Malah Chin Huat yang merupakan penganalisis politik dan sosial bagi kumpulan pemikir di Penang Institute, mendakwa usul SPR itu memburukkan lagi keadaan.

Chin Huat memberi contoh bagaimana kawasan Paya Terubong di Pulau Pinang mempunyai 41,707 pengundi, manakala kawasan berhampiran, Air Putih hanya memiliki 12,752 pengundi.

“Ini menunjukkan SPR tidak melakukan persempadanan semula secara sama rata,” kata beliau kepada pemberita di pejabat Bersih 2.0 pada Selasa.

Selain itu, Chin Huat mendakwa beberapa contoh pembahagian yang tidak adil berlaku di Selangor.

Jelasnya, mengikut Seksyen 2(c) Jadual ke-13 Perlembagaan Persekutuan, proses persempadanan di negeri yang sama perlu setimpal dengan jumlah pengundi dan pengecualian tidak diberikan kepada semua persempadanan di luar bandar tetapi hanya di kawasan mereka yang tinggal di kawasan yang luas.

“Saya menyangkal dakwaan SPR yang membenarkan persempadanan itu dibuat berdasarkan jurang perbezaan kawasan bandar dan luar bandar," katanya.

Tags / Kata Kunci: SPR

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan