Air Pasang Besar Di Pantai Remis Akan Lebih Teruk Malam Ini

Diterbitkan: Selasa, 20 September 2016 3:32 PM

Muhammad Nazri Khairi, 12, (kiri) bersama kembarnya Muhamamad Nazrin memindahkan burung kesayangan mereka ke tempat selamat ekoran fenomena air pasang besar di Kampung Bagan Pancor pada Selasa. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

LUMUT:  Air pasang besar di Kampung Bagan Panchor, Pantai Remis dekat sini yang diramal berlaku 8 malam Selasa mungkin dijangka lebih teruk.

Pegawai Bencana Operasi Angkatan Perkhidmatan Awam Malaysia (APM) Daerah Manjung, Shamsur Shahuddin berkata pihaknya juga menjangkakan jumlah penduduk yang terpaksa dipindahkan akan meningkat.

Ketika ini 15 keluarga ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Panchor.

Beliau berkata setakat tengah hari Selasa, paras air adalah satu meter berbanding 1.2 meter sekitar 6 pagi.

Seorang penduduk Shariff Yaacob, 68, berkata air mula memasuki rumahnya kira-kira pukul 5.30 pagi ketika anggota keluarganya sedang tidur.

"Kami sekeluaga cepat-cepat menyelamatkan barangan elektrik dan perabot kerana air naik dengan pantas sehingga paras lutut," katanya dan menambah ia merupakan banjir terburuk berlaku sejak beliau menetap di kampung itu lebih 10 tahun lalu.

Bagi Hatipah Don, 54, banjir yang berlaku di awal pagi mengejutkan beliau dan tujuh orang anaknya sementara suaminya pergi ke laut.

"Saya mengejutkan anak-anak saya untuk menyelamatkan diri, bimbang jika keadaan lebih buruk berlaku kerana air sudah sampai ke paras pinggang. Kesemua barangan elektrik kami habis ditenggelami air," katanya.

Sementara itu Pegawai Daerah Bagan Datoh, Datuk Hamzah Hussin berkata jumlah keluarga yang dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Tapak Semenang, Teluk Intan meningkat kepada tiga berbanding dua sebelum ini.

"Mereka belum dibenarkan balik selagi banjir tidak surut kerana kita bimbang berlaku perkara tidak diingini," katanya yang melawat pusat pemindahan itu. - BERNAMA


Tags / Kata Kunci: APM , air pasang besar

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan