Fenomena Air Pasang Besar, Lebih 1,000 Dipindahkan

Diterbitkan: Selasa, 20 September 2016 10:13 PM

BANJIR...Air laut mula melimpah membanjiri persekitaran Terminal Penumpang Pelabuhan Selatan ketika fenomena air pasang besar, Selasa.
Fenomena air pasang besar akan berlanjutan sehingga 21 September ini dan penduduk sekitar diminta berwaspada serta mengambil langkah keselamatan jika berlaku banjir kilat di kediaman mereka.
-fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 1,089 penduduk dari beberapa kawasan yang terjejas ekoran fenomena air pasang besar masih ditempatkan di beberapa pusat pemindahan sehingga petang Selasa.

Fenomena itu yang berlaku dua hari sejak Ahad lepas disebabkan oleh tarikan graviti daripada bulan dan matahari (spring tide) dan fenomena angin kencang barat daya yang berlaku serentak.

Timbalan Pengarah Institut Sains Samudera dan Bumi (IOES) Prof Datuk Dr Azizan Abu Samah berkata fenomena Spring Tide itu berlaku dua kali sebulan iaitu pada saat bulan baharu dan bulan purnama.

"Spring Tide terjadi ketika bumi, bulan dan matahari berada dalam keadaan selari, tarikan graviti daripada bulan dan matahari akan menghasilkan air pasang yang tinggi daripada biasa," katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara angin kencang barat daya berlaku di sekitar pantai barat Semenanjung Malaysia bertiup dari Mei hingga September setiap tahun, katanya.

"Kejadian Spring Tide dan tiupan angin kencang barat daya yang berlaku pada masa yang sama menyumbang kepada keadaan air pasang yang lebih tinggi daripada biasa," katanya mengulas fenomena air pasang besar itu.

Ditanya sama ada satu kajian terperinci bagi mengkaji keadaan cuaca tempatan terutamanya fenomena air pasang besar, Azizan berkata ia tidak perlu kerana teknologi sedia ada sudah mencukupi bagi menangani fenomena berkenaan.

"Fenomena air pasang dan surut merupakan perkara biasa, teknologi sedia ada kini sudah mampu untuk melihat paras ketinggian ombak beberapa hari sebelumnya.
Orang ramai juga boleh melihat graf paras air secara dalam talian yang dikemas kini mengikut jam," katanya.

Sehingga petang ini, fenomena air pasang itu telah menjejaskan 97 orang di Perak yang terpaksa dipindahkan di tiga pusat pemindahan iaitu di Dewan Orang Ramai Kampung Panchor, Sekolah Kebangsaan Semenang dan Dewan Orang Ramai Kampung Nelayan.

Di KEDAH, seramai 769 mangsa ditempatkan di lima pusat pemindahan banjir di daerah Kuala Muda, iaitu di Sekolah Kebangsaan Seri Kuala (267 orang); Rumah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Sungai Meriam (262 orang); Dewan Kampung Paya (94 orang); Surau Kampung Sungai Yu (74 orang) dan Dewan Telok Amboi (72 orang).

Di SELANGOR, jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sejak malam tadi masih tidak berubah sehingga 5 petang tadi iaitu 224 orang.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata kesemua mangsa yang terdiri daripada 52 keluarga itu ditempatkan di tiga pusat pemindahan iaitu Dewan Kampung Tok Muda, Balai Raya Lorong Hamzah 2, Kampung Tok Adam dan Dewan Orang Ramai Sungai Air Tawar.

"Mangsa terlibat adalah penduduk dari Kampung Sungai Air Tawar, Sabak Bernam (57 orang), Kampung Tok Muda, Kapar, Klang (152 orang) dan Kampung Tok Adam, Tanjong Karang (15 orang)," katanya.

Katanya, sebanyak 1,300 anggota dari 32 balai bomba di negeri ini diletakkan  dalam keadaan bersiap sedia dan memantau sebarang kemungkinan berlakunya banjir besar lagi berikutan fenomena air pasang di kawasan berkenaan.

Dalam pada itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Madius Tangau berkata angin barat daya dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak besar mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dijangka berlaku di kawasan perairan Phuket, iaitu kawasan barat laut Semenanjung Malaysia sehingga esok.

Beliau juga menasihatkan penduduk di kawasan berhampiran pantai supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa mengikut perkembangan cuaca semasa.

Sementara itu, di MELAKA Jabatan Pengurusan Bencana Negeri sentiasa memantau perkembangan fenomena air pasang besar di negeri ini terutama di kawasan persisir pantai bagi memberikan amaran awal serta memastikan ia tidak membahayakan penduduk.

Sekretariat jabatan itu Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata pada masa ini terdapat angin kencang dan laut bergelora dilaporkan di Melaka, namun fenomena air pasang besar, masih terkawal.

Beliau berkata pihaknya juga bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku akibat fenomena berkenaan.

Katanya, JPS Melaka juga mula melakukan kerja pengepaman air keluar dari Muara Sungai Parit Cina, Sungai Umbai, Pulau Kelapa dan Batu Hampar pagi tadi sebagai persiapan menghadapi fenomena air pasang malam ini.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan