Shahidan Sangkal Dakwaan Tun M, Anwar Akta MKN Ancam Demokrasi

Diterbitkan: Isnin, 19 September 2016 11:57 PM

Datuk Seri Dr Shahidan Kassim

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim menyangkal dakwaan pembangkang bahawa Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 yang dilaksanakan kerajaan mampu mengetepikan kuasa Yang di-Pertuan Agong.

Shahidan berkata ia termasuk dakwaan tidak benar oleh Bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad (Tun M) dan bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bahawa akta itu mengancam demokrasi negara berdasarkan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

"Akta ini dilaksanakan berdasarkan Perkara 74 (1) dan bukan Perkara 150 seperti dakwaan Tun M dan Anwar Ibrahim, akta ini berkait isu keselamatan dalaman secara khusus serta tidak perlu pengisytiharan oleh Yang di-Pertuan Agong," katanya.

Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016 diwartakan pada 7 Jun lepas dan dikuatkuasakan pada 1 Ogos tahun ini.

Shahidan bercakap kepada pemberita sebelum merasmikan Konvensyen dan Ulangtahun MIC Perlis yang Ke-70 di sini, malam ini.

Turut hadir, Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri S.K. Devamany dan Pengerusi MIC Perlis S.Vengadasamy.

Shahidan berkata akta berkenaan merujuk kepada pengisytiharan kawasan keselamatan di kawasan tertentu di dalam negara yang dikesan wujud unsur berbentuk ancaman luar, bukan situasi darurat melibatkan seluruh Malaysia.

"Kita hanya isytiharkan kawasan keselamatan tertentu contohnya sekitar Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), kawasan sempadan negara dan kawasan laut.

"Saya percaya Tun M dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebenarnya faham tentang akta ini kerana mereka pernah memerintah negara dan menjadi Ahli Parlimen.

"Namun kenyataan mereka itu mengelirukan masyarakat yang tidak tahu menahu dan hanya berpersepsi, agar keadaan kelihatan seolah-kerajaan mengambil dan ketepikan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat," katanya.

Shahidan berkata akta ini dilaksanakan melalui saluran dan cara yang mengikut prosedur betul, ia telah dibincangkan sewajarnya dan mendapat kelulusan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

"Kenapa pertikaikan demokrasi, orang yang menentang akta ini yang rosakkan demokrasi. Mereka menentang akta yang telah dipersetujui kerana mahu akta mengikut kehendak mereka," katanya.

Dr Mahathir sebelum ini hadir ke mahkamah bagi memberikan sokongan kepada Anwar berhubung petisyen dibawa bekas timbalannya itu untuk mencabar akta MKN.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan