Selangor Tidak Perlu Adakan Pilihan Raya Mengejut - Azmin Ali

Diterbitkan: Isnin, 19 September 2016 3:32 PM

Azmin Ali

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Selangor tidak perlu mengadakan pilihan raya mengejut berikutan usul persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dikemukakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata pihaknya tidak boleh mengkhianati mandat yang diberikan rakyat Selangor kepada pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas.

"Tidak perlu (pilihan raya mengejut) sebab mandat yang diberi rakyat Selangor pada 2013 adalah amat besar, dan mandat itu diberi untuk tempoh lima tahun," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Agensi-agensi Kerajaan Negeri di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas desakan Penasihat DAP Lim Kit Siang supaya Selangor mengadakan pilihan raya mengejut ekoran cadangan persempadanan semula, yang didakwa sengaja 'mengubah' peta negeri itu.

Selain Lim, beberapa pemimpin pakatan pembangkang lain mempersoal persempadanan semula yang diumumkan SPR pada Khamis lepas.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Mohamed Azmin berkata kerajaan Selangor akan meneliti usul persempadanan semula kawasan pilihan raya berkenaan sebelum membuat sebarang bantahan terhadap cadangan tersebut.

Beliau berkata pihaknya juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkaitan sekiranya persempadanan itu dilihat tidak mengikut terma atau peruntukan yang telah ditetapkan.

"Kita sedang teliti (persempadanan itu) dan petang ini, saya akan bertemu dengan barisan peguam untuk melihat kemungkinan mengambil tindakan undang-undang sekiranya ada ruang bagi maksud tersebut," katanya.

Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh sebelum ini memaklumkan bahawa kajian semula itu dilaksanakan mengikut peruntukan Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan dan pindaan kepada Fasal (2) Perkara 14 Perlembagaan Negeri Sabah yang diwartakan pada 18 Ogos lepas.

Mengikut persempadanan semula itu, SPR turut mencadangkan penambahan satu kerusi baharu Damansara, yang meliputi kerusi Petaling Jaya Utara sebelum ini, dengan bilangan pengundi melebihi 150,000 orang.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan