Persempadanan Bahagian Pilihan Raya Bukan Untuk Kepentingan Pihak Tertentu - SPR

Diterbitkan: Isnin, 19 September 2016 8:14 PM

Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan dakwaan pihak tertentu yang mengatakan Kajian Semula Persempadanan Bahagian-bahagian Pilihan Raya bagi Negeri-negeri Tanah Melayu dan Sabah dibuat untuk kepentingan pihak tertentu.

Pengerusinya Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata SPR menjalankan peranan dan tanggungjawab sebagaimana diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan kuasa untuk melulus syor-syor tersebut terletak di bawah bidang kuasa Dewan Rakyat dan setiap Anggota Parlimen boleh membahaskannya di Dewan Rakyat kelak.

"SPR ingin menarik perhatian semua pihak mengenai isu ini berikutan pelbagai reaksi daripada banyak pihak yang ingin mendapatkan penjelasan berkaitannya.

"SPR ingin memaklumkan adalah terlalu awal bagi SPR untuk memberi sebarang ulasan kepada umum mengenai tuduhan kepada badan ini (SPR) kerana proses pameran sedang dijalankan dan prosiding Siasatan Tempatan akan dijalankan selepas ini bagi menilai bantahan dan representasi daripada pihak pembantah," katanya dalam  kenyataan media di sini, Isnin.

Beliau berkata mana-mana pihak yang berkelayakan di bawah perundangan dalam membuat apa-apa bantahan atau representasi harus mengambil peluang dalam tempoh masa yang ditetapkan untuk turut serta dalam perundangan dan bukannya membuat tuduhan melulu terhadap SPR.

"SPR amat mengalu-alukan setiap bantahan dan representasi, namun begitu ia perlu dikemukakan secara rasmi mengikut saluran dan perundangan yang ditetapkan," katanya.

Menurutnya SPR tidak akan membuat kenyataan berkaitan dakwaan yang menyentuh isu kandungan syor tersebut kerana ia masih di peringkat syor.

Mohd Hashim berkata syor-syor yang dipamerkan itu adalah cadangan awal dan bukan muktamad kerana ia perlu melalui proses Siasatan Tempatan dan perlu mendapat kelulusan Dewan Rakyat sebelum ia dikuatkuasakan.

SPR melaksanakan Kajian Semula Persempadanan bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu dan Sabah bermula 15 September lalu.

Kajian semula itu dilaksanakan mengikut peruntukan Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan dan pindaan kepada Fasal (2) Perkara 14 Perlembagaan Negeri Sabah yang diwartakan pada 18 Ogos lalu.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan