Jeff Ooi Akan Beri Keterangan Kepada Polis - Ramkarpal

Diterbitkan: Isnin, 19 September 2016 1:54 PM

Ramkarpal Singh.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi akan memberikan kerjasama penuh dalam siasatan berhubung kenyataan beliau berkaitan kematian Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din, kata peguam Ramkarpal Singh.

Ramkarpal berkata Ooi akan memberi kenyataan kepada polis Pulau Pinang.

"Kami akan memaklumkan dalam masa terdekat apabila ia sudah disahkan," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen pada Isnin.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menggesa Ooi supaya menyerah diri.

Pada Jumaat, Ooi menerusi Twitternya memuat naik tweet berbunyi "Adios Harun Din. Let there be peace" sejurus selepas kematian Haron.

Ditanya jika Ooi akan memohon maaf berhubung insiden itu, Ramkarpal berkata "ia telah dibincangkan antara kepimpinan parti dan Ooi. Ia mungkin dalam pertimbangan."

Ketika ditanya sama ada kenyataan Ooi adalah sesuai, Ramkarpal berkata kenyataan itu tidak sewajarnya dikeluarkan.

"Dalam kes mendiang Karpal Singh, terdapat beberapa gambar yang tidak sesuai dimuat naik.

"Dalam situasi dimana seseorang telah meninggal dunia, tidak sesuai untuk mengeluarkan kenyataan seperti itu," kata Ramkarpal.



Tags / Kata Kunci: Ramkarpal Singh , Haron Din , Jeff Ooi

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan