Tempoh Cadangan Untuk Bajet 2017 Dilanjutkan Hingga Rabu - PM

Diterbitkan: Isnin, 19 September 2016 10:19 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Orang ramai yang ingin mengemukakan cadangan untuk dipertimbangkan dalam penyediaan Bajet 2017 masih boleh berbuat demikian sehingga Rabu (21 September).

Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam catatan di laman Facebook dan Twitter beliau hari ini.

"Sepanjang kempen cadangan #Bajet2017 yang berlangsung, banyak idea baik yang telah disampaikan. Saya percaya masih ada ramai yang tidak berkesempatan dan ingin kemukakan idea kepada kerajaan.

"Oleh itu, tempoh buka cadangan buat #Bajet2017 dilanjutkan sehingga 21 Sept. Jangan lepaskan peluang ini, teruskan beri cadangan anda di bajet2017.najibrazak.com," katanya.

Tempoh sumbangan cadangan dalam laman web itu bermula pada 5 Sept lepas dan sepatutnya berakhir hari ini.

Idea yang telah disumbangkan setakat ini merangkumi topik seperti kos sara hidup, perkhidmatan penjagaan kesihatan, perumahan dan kehidupan bandar, pengangkutan dan infrastruktur, pembangunan ekonomi dan pendidikan.

Bajet 2017 akan dibentangkan di Parlimen pada 21 Oktober ini.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan