Tiada Rakyat Malaysia Cedera Dalam Letupan Di New York

Diterbitkan: Ahad, 18 September 2016 5:15 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiada rakyat Malaysia dilaporkan cedera dalam insiden letupan di 135 West 23rd Street, Chelsea di New York pada Sabtu.

Wisma Putra dalam kenyataan pada Ahad berkata sehingga kini seramai 29 orang dilaporkan cedera dalam letupan yang berlaku pada 8.30 malam itu.

"Tiada warganegara Malaysia dilaporkan terlibat dalam insiden ini.

"Pihak berkuasa tempatan sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, Wisma Putra akan terus memantau perkembangan berhubung insiden itu dari semasa ke semasa.

Selain itu, warganegara Malaysia yang berada di sekitar New York yang memerlukan bantuan konsular boleh berhubung secara terus dengan Konsulat Jeneral Malaysia di New York.

Orang ramai boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di New York melalui e-mel di mwnewyorkcg@kln.gov.my atau menghubungi +1(212) 490 2722/23.

Mereka juga boleh menghubungi Wisma Putra di talian 03-8887 4570 (24 jam).

Tags / Kata Kunci: New York , Letupan

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan