MH370: Keputusan Ujian Serpihan Kurang Tiga Bulan - Berita Semasa | mStar

MH370: Keputusan Ujian Serpihan Kurang Tiga Bulan

Diterbitkan: Ahad, 18 September 2016 2:21 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keputusan ujian empat serpihan yang berkemungkinan daripada pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang, dijangka diketahui dalam tempoh kurang tiga bulan.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata serpihan berkenaan ditemui masing-masing di Afrika Selatan, Mozambique, Mauritius dan Tanzania.

"Kita yakin sedikit masa lagi akan dapat jumpa.. contohnya satu lagi serpihan yang turut ditemui di Tanzania mengambil masa dua bulan setengah untuk memastikan ia daripada pesawat berkenaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pertandingan bola keranjang '3 on 3' di Wisma MCA di sini pada Ahad.

Jumaat lalu, Liow berkata sejumlah 22 serpihan ditemukan setakat ini di Afrika Selatan, Mozambique, Mauritius dan Tanzania, yang mana dua serpihan disahkan manakala empat lagi hampir pasti daripada pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang manakala selebihnya sukar dikenal pasti kerana tiada nombor siri atau butiran lain di atasnya.

Beliau berkata serpihan yang disahkan adalah sebuah flaperon yang ditemukan di Pulau Reunion Julai tahun lepas dan kepingan sayap di Pulau Pemba, di perairan Tanzania pada Jun tahun ini.

Liow berkata pencarian MH370 dalam baki kawasan pencarian seluas 10,000 km persegi dijangka selesai pada penghujung tahun ini.

Setakat ini, pencarian pesawat itu telah meliputi kawasan seluas 110,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi, di luar pantai barat Australia.

Penerbangan MH370 hilang pada 8 Mac 2014, semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing membawa 239 penumpang dan anak kapal. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: MH370
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan