Malaysia Tuan Rumah Jambori Pengakap Asean

Diterbitkan: Ahad, 18 September 2016 8:49 AM

Sebahagian ahli pengakap dari Malaysia dan Indonesia melaungkan slogan pengakap selepas majlis perasmian pembukaan Jambori Pengakap Asean kelima di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Sabtu. Jambori yang berlangsung selama enam hari bermula Sabtu dianjurkan Majlis Pengakap Negeri Terengganu dan Persekutuan Pengakap Malaysia dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Malaysia yang menjadi tuan rumah buat julung kalinya bagi jambori itu berjaya mengumpulkan 10,134 ahli pengakap dari negara-negara Asean. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA NERUS: Jambori Pengakap Asean mampu menjadi medan merapatkan ukhuwah dalam kalangan pengakap di negara-negara Asean dan melahirkan pemimpin lebih berdedikasi dengan memiliki minda kelas pertama.

Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu Datuk Mohd Zubir Embong berkata menerusi jambori tersebut pelbagai aktiviti diadakan bertujuan melatih pengakap menjadi seorang pemimpin pada masa akan datang.

"Ahli-ahli pengakap ini terdiri daripada golongan remaja yang mana mereka merupakan pelapis pada masa akan datang dan dengan adanya jambori ini saya percaya mereka akan dapat menjadi pemimpin yang lebih berwibawa pada masa akan datang," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Jambori Pengakap Asean kali kelima di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail di sini Sabtu.

Turut hadir Tengku Seri Temenggung Raja, Tengku Datuk Seri Baharuddin Sultan Mahmud; Ketua Pengakap Negara Tan Seri Datuk Seri Paduka Dr Shafie Mohd Salleh; dan Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Terengganu Tan Seri Abdullah Taib.

Dalam pada itu, Zubir berkata Terengganu bertuah apabila menjadi tuan rumah bagi jambori tersebut untuk julung kalinya.

"Bersesuaian dengan Tahun Melawat Terengganu pada tahun depan, jambori ini juga sekaligus dapat mempromosikan dan memperkenalkan Terengganu di mata antarabangsa," katanya.

Jambori yang berlangsung selama enam hari bermula Khamis lalu dianjurkan Majlis Pengakap Negeri Terengganu dan Persekutuan Pengakap Malaysia dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Jambori tersebut menghimpunkan seramai 10,134 ahli pengakap dari negara-negara Asean.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan