MBSA Lancar Pusat Kitar Semula Atasi Lambakan Sampah

Diterbitkan: Ahad, 18 September 2016 12:50 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melancarkan pusat kitar semula di Kampung Baru Subang bagi menyelesaikan isu lambakan sampah di sekitar kawasan tersebut, pada Ahad.

Ahli Majlis Perwakilan Penduduk Zon 17, Foong Saik Hoong berkata,  kempen itu diperkenalkan berikutan isu lambakan sampah yang semakin berleluasa.

"Di kawasan U3 dan U6 sahaja purata sampah dari Januari sehingga Julai tahun ini adalah sebanyak, 1,593 metrik tan. Manakala di U8 pula berjumlah 23.7 tan sampah.

"Isu sampah ini adalah masalah komuniti dan kita mesti ambil berat terhadap isu ini," katanya kepada pemberita.

Pengurusan pusat kitar semula itu turut mendapat kerjasama Yayasan Penganut Buddha Tzu-Chi Malaysia bagi menyalurkan sumbangan daripada bahan kitar semula yang dikumpul, pada setiap Ahad minggu ketiga.

MBSA sebelum ini melakukan program pengasingan sisa pepejal di lima lokasi iaitu di Seksyen 7, 32, U8, U13 dan U16.

Antara bahan yang boleh dikitar semula adalah plastik, botol kaca, aluminium, besi, kertas, pakaian, alat elektrik dan logam.

"Kami bercadang untuk melakukan kempen ini sekerap yang mungkin dan sedang menunggu kelulusan daripada pihak atasan," jelasnya.

Orang ramai yang berminat untuk terlibat dalam program tersebut disarankan menghantar barangan ke Dewan MBSA Kampung Baru Subang (Dewan Rozel), atau dengan menghubungi 03-62563800 untuk maklumat lebih lanjut.

Tags / Kata Kunci: Shah Alam , Kampung Baru Subang , MBSA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan