Sukar Menang Kerusi Jika Persempadanan Semula Dilakukan - Gerakan

Diterbitkan: Ahad, 18 September 2016 2:58 PM

Datuk Mah Siew Keong

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Langkah persempadanan semula dicadangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dikhuatiri akan menjejaskan peluang parti Gerakan untuk mengekal dan memenangi kerusi yang 'telah lama diusahakan'.

Presidennya, Datuk Mah Siew Keong berkata antara kerusi yang diharapkan untuk dimenangi pada pilihan raya akan datang ialah kerusi melibatkan kawasan Parlimen Beruas (kini ditukar kepada Ayer Tawar), Teluk Intan dan Taiping di Perak.

"Kita telah membuat simulasi di beberapa kawasan, yang mana kita telah bekerja keras dan jangkakan ada peluang kemenangan. Namun, selepas pertukaran sempadan, kita bimbang mungkin ia terjejas.

"Oleh itu, parti akan bermesyuarat pada minggu depan, dengan ketua-ketua cawangan sudah pun diarah untuk membuat laporan dan selepas itu, barulah bantahan dikemukakan kepada SPR," katanya sebagai mengulas isu itu dalam sidang media, di sini Ahad.

Beliau sebelum itu merasmikan Persidangan Perwakilan Gerakan Johor.

Mah berkata tindakan SPR itu tidak adil dan merugikan. 
SPR baru-baru ini mengumumkan untuk melaksanakan Kajian Semula Persempadanan bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk Negeri-Negeri Semenanjung dan Sabah, bermula pada Khamis (15 Sept).

Kajian itu dilaksanakan mengikut peruntukan Fasal (2) Perkara 113 Perlembangaan Persekutuan dan pindaan kepada Fasal (2) Perkara 14 Perlembagaan Negeri Sabah yang diwartakan pada 18 Ogos lalu. 

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan