Kenyataan Jeff Ooi Kurang Ajar - Veteran Umno

Diterbitkan: Sabtu, 17 September 2016 9:11 PM

Jeff Ooi

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kenyataan Anggota Parlimen DAP Jelutong Jeff Ooi terhadap Allahyarham Datuk Dr Haron Din di Twitter pada Jumaat bersifat kurang ajar dan melampaui sensitiviti umat Islam. 

Menyebut demikian, Setiausaha Veteran Umno Datuk Mustapha Yaakub berkataJeff sebagai seorang rakyat Malaysia, sepatutnya memahami adat resam keagamaan kaum lain.  

"Apa yang dilakukan Jeff Ooi ternyata beliau sudah lupa bahawa negara ini majoriti rakyatnya adalah Melayu beragama Islam. Kebiadapan Jeff ini membuktikan dirinya sudah hilang rasa hormat kepada penganut agama lain," kata Mustapha dalam satu kenyataan di sini hpada Sabtu.

Menerusi akaun twitternya Jeff menulis: "Adios Harun Din, let there be peace" (Selamat jalan Harun Din, semoga wujud perdamaian).  

Sehubungan itu, Mustapha mengutuk kebiadapan Jeff itu dan menuntut beliau meminta maaf secara terbuka kepada umat Islam negara ini.

"Penghinaan ini bukan hanya kepada Haron tetapi turut dirasai oleh semua orang Islam di negara ini. Perlu diingat bahawa kami orang Melayu boleh berbeza dalam fahaman politik tetapi kami tetap bersatu dalam hal membabitkan agama.

"Walaupun Haron seorang pemimpin PAS tetapi beliau adalah seorang beragama Islam. Orang Melayu beragama Islam dalam PAS atau Umno seperti pepatah Melayu...cubit paha kanan, paha kiri turut terasa sakitnya... apabila menyentuh mengenai agama Islam," katanya.

Sementara itu, Timbalan Penasihat Umum Parti Amanah Negara (Amanah) Abdul Ghani Samsuddin berkata Amanah kecewa terhadap tindakan Jeff itu hingga mencetuskan kemarahan semua pihak. 

"Amanah menolak sekeras-kerasnya tindakan Jeff itu, perbezaan pendapat dan ideologi fahaman politik tidak sepatutnya menjadi sebab untuk tidak menghormati Haron Din," katanya.

Tindakan Jeff itu tidak membawa sebarang faedah kepada negara kerana sebagai rakyat Malaysia harus saling hormat menghormati antara satu sama lain dalam mewujudkan sebuah masyarakat harmoni, katanya.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang Datuk Mansor Othman turut menyelar sikap biadap dan tidak bertanggungjawab Ooi itu.

Mansor berkata, PKR Pulau Pinang berlepas diri daripada tindakan rasis dan bebal Ooi. 

"Parti Keadilan Rakyat sentiasa percaya bahawa manusia itu dilahirkan mulia dan kita seharusnya meletakkan kemuliaan insan sebagai asas penting dalam etika kita berpolitik," katanya dalam satu kenyataan. 

Mansor yang juga Anggota Parlimen Nibong Tebal berkata perbezaan politik tidak seharusnya menjadikan seseorang itu hilang sifat kemanusiaan dengan mempersendakan kematian sesiapa pun. 

"Kami ingin menyatakan rasa kehilangan dan berdoa semoga diberikan keteguhan dan kesabaran kepada keluarga almarhum dalam menempuh suasana sedih ini,"katanya.  -Bernama

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan