Trafik Lancar Di Lebuh Raya Utama Pagi Ini

Diterbitkan: Sabtu, 17 September 2016 9:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di semua lebuh raya utama negara lancar dan terkawal setakat pukul 8 pagi Sabtu.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi Bernama berkata aliran trafik menuju ke ibu negara dan tempat-tempat lain turut lancar.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik di lebuh raya lain termasuk Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2 juga lancar di kedua-dua arah.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai keadaan lalu lintas dengan menghubungi Plusline di 1800-88-0000 atau di Twitter PLUS di www.twitter.com/plustrafik.

Bagi mengetahui keadaan trafik di pantai timur, orang ramai boleh menghubungi LLM di talian 1800-88-7752 atau layari laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

Tags / Kata Kunci: trafik , PLUS

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan