Kenyataan Ooi Tidak Mewakili Parti - Guan Eng

Diterbitkan: Sabtu, 17 September 2016 8:30 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memberitahu bahawa kenyataan Anggota Parlimen DAP Jelutong Jeff Ooi terhadap Allahyarham Datuk Dr Haron Din tidak mewakili sentimen parti.

Menurut Lim, DAP kesal dengan "kenyataan tidak sensitif" yang dibuat oleh Ooi dalam kenyataan kontroversi 'adios' di laman Twitternya pada Jumaat.

"Saya juga ingin merakamkan rasa kesal jika ahli keluarga Dr Haron tersinggung dengan apa yang telah Jeff lakukan dan ia tidak mewakili pendirian parti," kata Lim dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Lim berkata DAP juga mengucapkan takziah dan simpati kepada keluarga dan rakan-rakan Dr Haron.

"Walaupun kita sering berbeza dalam banyak isu politik, DAP yakin dan percaya bahawa beliau telah banyak menyumbang kepada agama Islam," kata Lim.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, Ooi telah memadam twit berkenaan.

Pada Sabtu, Ooi  menafikan dakwaan bahawa akaun Twitternya telah digodam dan terlibat dengan twit kontroversi itu.

Beliau menegaskan bahawa dia mempunyai "kawalan penuh" ke atas Facebook dan akaun Twitternya.

Menurut Ooi, dia hanya mahu mengucapkan selamat tinggal dan tidak mempunyai niat untuk memperkecilkan Dr Haron atau keluarganya.

Tags / Kata Kunci: Lim Guan Eng , Jeff Ooi

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan