Rakyat Malaysia Dijangkiti TB Dirawat Di Australia

Diterbitkan: Sabtu, 17 September 2016 10:47 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA:  Kementerian Luar Negeri mengesahkan seorang rakyat Malaysia, Salinah Binti Nordin, 41 tahun, telah dimasukkan ke Hospital Liverpool, Sydney, Australia pada 18 Ogos 2016 akibat dijangkiti penyakit tuberculosis (TB).

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra dan Education Malaysia Australia (EMA) di Sydney telah mengadakan beberapa siri lawatan konsular terhadap beliau di hospital. 

Pihak hospital telah mengesahkan bahawa pesakit masih berada dalam keadaan kritikal tetapi stabil.

Kementerian Luar Negeri bersama sama badan bukan kerajaan serta agensi lain termasuk Biro Kebajikan UMNO akan terus berusaha dalam menguruskan kebajikan Salinah Binti Nordin dan keluarga di saat-saat kritikal ini. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Malaysia , Australia

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan