Pemilik Bot Mewah Usahawan Kurang Dikenali

Diterbitkan: Sabtu, 17 September 2016 10:02 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemilik sebuah bot mewah yang meletup sebelum tenggelam di perairan Pulau Pinang merupakan seorang usahawan yang kurang dikenali tetapi tiba-tiba menjadi perhatian susulan insiden ini.

Bot mewah itu didaftarkan di Vanuatu, sebuah negara kecil di Samudra Pasifik.

Vanuatu terletak di antara Australia dan Fiji.

"Kami tahu pemilik (bot mewah) yang dikenali sebagai Pascal," kata seorang pegawai di Langkawi yang enggan namanya didedahkan.

Pemilik bot mewah itu dipercayai warganegara Perancis, Vu Anh-Quan, 53.

Turut dikenali sebagai Pascal Vu Anh Quan Saken, usahawan itu merupakan pengasas Shanghai Billionaire Yacht Club selain menjalankan beberapa perniagaan lain termasuk limbungan kapal di Argentina dan Phuket, Thailand.

Menurut laman web http://billionaireyachtclub.com/, kelab itu menawarkan perkhidmatan sewa dan carter bot mewah.

Terdapat juga laman web yang menunjukkan pemilik bot mewah itu bersama pelbagai selebriti, terutama dari Filipina dan beberapa keping gambar di atas bot mewah.

Vu turut dikaitkan dengan kapal layar lain iaitu Phocea pada 2012.

Dibina pada 1976, kapal itu pada waktu tersebut merupakan kapal layar terbesar di dunia.

Namun wujud kontroversi di Vanuatu apabila pihak berkuasa di Port Vila dilaporkan merampas kapal layar itu selepas mereka mendapati pendaftaran dan dokumen kelayakan anak-anak kapal kononnya palsu.

Anak-anak kapal itu kemudiannya didenda.

Namun, Vu tiada berada di dalam kapal itu pada waktu berkenaan, dipercayai berlepas ke luar negara sebelum serbuan dilakukan.

Dia kemudiannya dilepaskan pihak berkuasa Vanuatu.

Kapal tersebut ditahan selama 10 bulan tetapi dibenarkan berlayar ke Thailand dimana ia dinamakan semula sebagai Enigma.

Vu kemudiannya dalam temubual eksklusif bersama Vanuatu Times berkata beliau tidak akan menyaman kerajaan kerana menahan kapal miliknya itu selama 10 bulan.

Vu dan Lucas Bondezan yang juga warga Brazil turut dikatakan terlibat dalam Yartmarine, sebahagian daripada limbungan kapal di Phuket, khusus dalam membina semula bot.

Pada Mei 2014, Jaroslav Horejsek dari Republik Czech dan Bondezan membuka sebuah kilang di Phuket - Yart Carbon - yang menawarkan perkhidmatan dalam pembuatan semua aksesori serat karbon untuk kapal layar mewah.

Selepas indsiden bot mewah tenggelam di perairan Pulau Pinang, Vu dilihat berada di Alor Setar tetapi enggan bercakap dengan media.

Malah, beliau turut tidak membenarkan media bercakap dengan anak kapal yang cedera.

Tags / Kata Kunci: bot mewah , Vu Anh-Quan

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan