Ahmad Yakob Pemangku Mursyidul Am PAS

Diterbitkan: Sabtu, 17 September 2016 12:41 PM

Ahmad Yakob.

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Timbalan Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob akan memangku jawatan Mursyidul Am parti itu selepas pemergian Allahyarham Datuk Dr Haron Din pada Jumaat.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata kepimpinan tertinggi parti akan bermesyuarat bagi menentukan siapa yang layak memegang jawatan itu.

"Sebelum ini ketika almarhum (Haron) uzur, tugas itu memang sudah dipikul oleh timbalan dan tidak menjadi masalah.

"Pengantinya akan ditentukan dalam mesyuarat dan kita akan mengikut Perlembagaan parti bagi menentukan siapa penggantinya," katanya kepada pemberita selepas Ceramah Rang Undang-Undang (RUU) 355 di perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke IV di sini, malam Jumaat.

Allahyarham menyandang jawatan Mursyidul Am PAS pada Mac tahun lepas bagi menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meninggal dunia pada Februari 2015 akibat kanser prostat.

Haron, 76, meninggal dunia pada 10.10 pagi Jumaat (waktu Malaysia) di Hospital Stanford University, San Francisco, Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung.

Allahyarham dimasukkan ke hospital berkenaan bagi mendapatkan rawatan lanjut berhubung masalah jantung yang dihidapinya.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Five Pillars, 1761 Laughlin Road, Livermore, California pada 8.57 pagi Sabtu (waktu Malaysia).  

- BERNAMA
Tags / Kata Kunci: Ahmad Yakob , pemangku , Mursyidul Am PAS

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan