Najib Syukur Pengebumian Jenazah Haron Din Lancar

Diterbitkan: Sabtu, 17 September 2016 4:25 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkanrasa syukur kerana urusan pengebumian jenazah Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din berjalan lancar. 

"Alhamdulillah, dimaklumkan urusan pengebumian jenazah Allahyarham Datuk Dr Haron Din di Amerika Syarikat telah selesai dan berlangsung lancar.

"Marilah kita terus berdoa dan menyedekahkan Al-Fatihah untuk roh Allahyarham, semoga sentiasa dicucuri rahmat Allah SWT," kata perdana menteri dalam catatan terbaharu laman Facebook dan Twitternya.

Jenazah Allahyarham Haron, 76, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Five Pillars, 1761 Laughlin Road, Livermore, California, Amerika Syarikat.

Jenazah disemadikan pada pukul 5.57 petang Jumaat waktu tempatan (8.57 pagi Sabtu waktu Malaysia) selepas selesai solat jenazah yang diimamkan anaknya,Hamdi di Masjid An Noor Santa Clara, San Francisco.

Allahyarham Haron meninggal dunia pada 10.10 pagi Jumaat (waktu Malaysia) di Hospital Stanford University, San Francisco akibat komplikasi jantung. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Najib Tun Razak , Haron Din

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan